Chapter 43 - Budak Bogel Panjat Dinding

1.8K 92 9
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya 

•••♦◄♥►♦•••

"Sorry  arr Brice, mak aku tak kasi sebab dah malam ni. Kalau kau cakap siang-siang tadi aku rasa okey.

"Bukan aku tak nak temankan kau, tapi kau call  ni dah lewat sangat," jawab Palis tatkala menerima panggilan daripada Brice jam sepuluh suku* tadi.

"Okey arr kalau cam tu, cuma aku nak pesan. Kalau aku tak ke sekolah esok, bermakna aku tak sihat sebab tak cukup tido. Kau pun tau kan yang aku tak boleh tido sendirian?

"Bila pejam je mata, asyik terbayang bermacam-macam benda. Tambahan lak ngan banyak kejadian pelik sejak kebelakangan ni. Semua tu buat aku seram dan takut je," balas Brice lantas meletakkan gagang* telefon.

Sememangnya sejak kecil, Brice tak betah* tinggal sendirian di rumah, terutama di waktu malam.

Namun kali ini dia terpaksa juga mengharungi malam bersendirian apabila ibu bapa serta adiknya, Blossom terpaksa bergegas ke Ipoh kerana ada urusan keluarga yang penting.

Mulanya Brice langsung tak terfikir akan masalah yang bakal dihadapinya. Ini kerana dia beranggapan Palis akan sudi datang menemaninya seperti selalu namun, malam ini kawan baiknya itu tak dapat memenuhi permintaannya.

"Fuh.. cam mana aku nak hadapi dok bersendirian di rumah malam ni?" gumamnya sambil mata tertancap pada skrin TV menonton Disney Channel .

Semua lampu luar dipasang sejak jam sepuluh tadi menerangi persekitaran rumah banglo tiga bilik yang terletak di tengah ladang sawit yang agak jauh daripada jiran-jiran lain.

Ini semua kebetulan yang tak disangka-sangka. Bapanya mendapat panggilan kecemasan jam sembilan lima puluh tadi dan terus mengarahkan emak serta adiknya bersiap.

Dia tak dapat ikut sekali kerana esoknya hari persekolahan, juga dia lebih suka tinggal sendirian di rumah memandangkan Palis sentiasa saja bersedia untuk menemaninya. 

Namun aturan masa tak menyebelahinya kali ini.

Waktu sebegini dia mula menyumpah dan mempertikaikan keputusan bapanya untuk mendirikan rumah di ladang sunyi ini.

Kenapa tidak dibina saja di tempat yang dekat dengan rumah-rumah penduduk kampung yang lain?

Namun ada ketikanya dia seronok tinggal di tempat yang sunyi tanpa gangguan sebegini. Terutama bila seluruh ahli keluarganya ada bersama.

Tapi kini dia bersendirian, dapatkah dia bertahan hingga fajar pagi menjengah?

Mahu saja dia mengayuh basikal ke rumah Palis atau Daus namun tindakan itu pun menerbitkan rasa cuaknya kerana sekarang ini dah melewati jam sepuluh setengah malam.

Jalan tar yang membelah ladang sawit ini gelap gelita dan ada sesetengah tempat amat menyeramkan biarpun di waktu siang hari.

Brice masuk setiap bilik untuk memastikan semua tingkap ditutup rapat juga langsir ditarik sempurna.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now