Chapter 134 - Keturunannya Yang Satu Itu

1.6K 66 75
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya" 

•••♦◄♥►♦•••

• • Pergh.. panjang gak chapter  kali ni. Banyak lak idea menerpa di minda aku, so  layan je.

•••♦◄♥►♦•••

"Abang dah nekad, esok pagi akan ke sekolah jumpak Pengetua, Encik Jumari Sarbat. Nak bagitau yang Wira akan pindah sekolah dan tinggal dengan kakak dia di Ipoh. 

"Abang akan bagi alasan dia sakit dan kena dekat dengan Hospital Besar di sana. Ape nak jadi, jadi le. Abang rela didakwa atau dipenjara nanti.

"Abang terpaksa buat ini untuk menjaga nama baik keluarga kita. Belum pernah lagi ade keturunan kita yang lari dari rumah atau terlibat mencuri. 

"Abang yakin sesangat, Wira yang pecah masuk banglo dan kebas barang-barang keluarga Encik Faizul tu. Bila dia rasa kita syak, terus dia ambik keputusan lari dari rumah sebab takut kena marah dan dihukum."

Tegas dan yakin nada suara Pak Kamil. Makcik Hartinah seperti biasa menangis teresak-esak.

Jenuh lelaki itu memujuk namun isterinya tetap berduka dalam tangisnya.

Mereka berdua sedang duduk di sofa tengah rumah dengan pintu ditutup rapat. Takut andai ada orang luar yang mendengar akan perbualan mereka.

Seboleh-bolehnya, perkara tersebut mahu dirahsiakan dari pengetahuan jiran juga majikan mereka.

"Entah le Abang Kam, Hart ni ikut je. Kalau abang rasa tindakan tu baik, Hart pun tak dapat nak menyanggah lagi. Harapnya Wira akan muncul segera untuk jernihkan kekeruhan ini.. hu hu."

"Abang pun berharap macam tu jugak. Bukannya abang sesaja nak buat tuduhan atau nak salahkan dia. Semuanya kerana terpaksa. Kita tunggu dan berdoa je agar semua masalah ini akan temui jalan penyelesaian."

•••♦◄♥►♦•••

"Esan, nyawa mak dalam bahaya sekarang ni. Sebab itu le mak datang jugak cari Esan. Mak tak nak mati tanpa bagitau kebenaran kat anak kesayangan mak."

Terlopong Ehsan mendengar kenyataan tersebut.

"Ape maksud mak? Nape mak cakap mak dalam bahaya dan akan mati? Kebenaran ape lagi yang Esan patut tau? Nape banyak sangat misteri yang menyelubungi hidup kita sekeluarga?" soalnya bertalu-talu.

"Sebenarnya, mak ade banyak musuh di sempadan sana. Di kalangan ahli keluarga bapak tiri Esan tu dan jugak dari orang-orang yang berdengki pada bisnes kami yang berkembang maju."

"Ape jenis bisnes yang mak dan laki mak tu jalankan? Halal ke atau yang menyalahi undang-undang?" potong Ehsan, tak sabar.

Puan Nur Manis terkedu akan pertanyaan anaknya. Risau dia melihat raut wajah Ehsan yang tergambar kesangsian maha dahsyat.

"Sabar Esan, dengar ape yang mak nak cakapkan ni, ye? Anggap le ini amanat terakhir dari mak. Mungkin kita tak akan berjumpa lagi lepas ni. Biar le pertemuan kita ni berjalan dalam suasana aman dan tenteram, ye nak?

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now