Chapter 23 - Kasih Seorang Abang

1.9K 91 4
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "  

•••♦◄♥►♦•••

"La, Edan masih tak pakai baju lagi ke?" tanya Ehsan bila saja dia naik ke pondok dengan dua bungkus mi goreng serta sebotol air mineral.

"Tak larat arr bang, rasa letih dan nak baring je ni."

"Tak ape, lepas makan ni, sure  Edan akan kuat semula." 

Ehsan menghulurkan bungkusan yang dibawa.

"Tentu mama dok risau sekarang ni sebab Edan tak balik lagi," keluh Aidan. 

Dia makan dengan lahap dek kelaparan ditambah pula selepas teruk kena dera sebentar tadi.

"Ape kita nak jawab kalau dia orang tanya pasal Edan nanti?" soal Ehsan.

"Entah, abang fikirkan arr ape alasan pun. Edan rasa tak bermaya je nak fikir ape-ape buat masa ni." 

"Hmm, kita bagitau je perkara yang sebenarnya. Kita report  polis, biar dia orang rasa. Baru padan ngan muka dia orang tu," balas Ehsan geram.

"Tak ape, Edan tak nak bagitau pasal dia orang pukul dan dera Edan. Takut nanti bebudak kat sekolah kita tau, malu arr Edan.Lagipun, dia orang ade rakam time  Edan dibuli tu. Kalau kita report  polis, Edan takut video tu akan tersebar plak," jelas Aidan.

"Tapi takkan Edan nak biarkan bebudak gengster tu terlepas cam tu je? Dia orang dah buat perkara yang teruk kat Edan. Tengok ni, sampai berdarah-darah muka Edan. Tangan dan kaki Edan pun calar dan luka-luka." 

Ehsan lalu memegang lengan Aidan yang calar berdarah. Dicapainya boxer  Aidan dan dilapnya kesan darah pada luka tersebut.

"Tak ape, Edan rasa dia orang dah dapat pun balasannya tadi. Sure  sekarang ni Juzi, Fikri dan Wirman terketar-ketar ketakutan," balas Aidan penuh yakin.

"Nape Edan cakap cam tu? Ape maksud Edan? Abang tak faham." 

"Nanti arr Edan bagitau kat abang pasal tu. Malam nanti abang tido kat rumah Edan, ekk? Temankan Edan, okey?" pinta Aidan sambil menggenggam tangan kasar Ehsan. 

Ehsan hanya mengangguk. 

Dia benar-benar yakin handphone  yang dijumpainya tadi kepunyaan salah seorang daripada geng Juzi yang tercicir. Mungkin di dalamnya ada rakaman video yang Aidan maksudkan.

Berdebar-debar dadanya bila memikirkan akan kandungannya. Namun dia tak berhasrat untuk memaklumkan kepada Aidan akan penemuan itu buat masa ini.

"Okey, kalau Edan dah cakap cam, tu abang ikut je. Kita bagi alasan yang Edan pening time  balik sekolah tadi dan sampai kat jalan berbukit tu, Edan jatuh basikal, terus terguling ke dalam anak sungai. Edan terus pengsan, then  abang terjumpa dan bawak Edan balik," Ehsan memberikan cadangannya.  

"Cam mana ngan idea abang ni, okey tak?" 

"Hmm, boleh tahan gak idea abang tu," balas Aidan tersenyum kelat.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now