ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Disebabkan chapter ni panjang sangat, so aku buat dua part, chapter 73 & 74. Harap korang enjoy ye sebab dapat layan dua chapter sekaligus dalam satu malam!
•••♦◄♥►♦•••
Sudah dua hari sejak mesyuarat terakhir di balai raya. Ini bermakna, dah dua malam rondaan dilakukan dengan pemotongan bajet juga mengurangkan para peronda.
Tiada langsung laporan kemunculan toyol mengganggu gugat kelestarian kampung yang aman damai itu.
Penghulu Maliki senyum sampai ke telinga dan bersyukur kerana saranan Aidan dalam mesyuarat dah menyelamatkan banyak perkara.
Rata-rata, orang kampung sibuk berbicara tentang Aidan. Tentang kematangan juga kelogikan pendapatnya itu.
Di mana-mana saja ada orang berborak atau bergosip, maka perihal Aidanlah yang mereka bahaskan. Antaranya,
Di Gerai Pak Lamin...
"Hebat jugak kan budak bandar, anak manager ladang tu? Masih muda remaja tapi idea dia mengalahkan kita yang tua bangka ni."
Bicara Haji Bahar sambil meneguk kopi pekat setelah selesai membaham lima keping roti canai bersalut bawang juga telur.
"Ye le, aku pun sama pendapat macam kau, Bahar. Kau tau, dengan mendengar idea dia tu, kita dah berjaya menjimatkan belanja jugak tenaga peronda kita. Penghulu Maliki pun lena je tidurnya sejak dua hari ni," balas Pak Husam.
"Bijak nampaknya budak tu. Kalau dia dah besar sikit, boleh kita ajak masuk jadi AJK Kampung. Sure banyak pendapat jugak idea yang bernas kan?"
Ghani Martopo mengutarakan hasratnya seraya menghisap rokok daun tak berjenama.
Terdengar suara bersetuju juga turut memuji-muji Aidan daripada beberapa orang lelaki lain yang duduk di meja bersebelahan.
"Bagus budak tu, hebat budak tu, brilliant budak tu, bravo budak tu."
Dan bermacam-macam lagi pujian melambung yang turut sama kedengaran.
Pak Lamin tersengih bila melihat makin ramai pelanggan yang mampir. Semuanya gara-gara Aidan.
Hmm.. budak tu memang bawak tuah kat gerai aku ni. Nanti, aku berhajat nak membelanja dia makan percuma kat sini, juga kekawannya yang lain itu.. getus hatinya.
Di Pasar (Market ) Awam Kampung...
"Hebat jugak kan pendapat dan idea budak tu, ape nama di? Iden? Aden?" ujar Mak Senah sambil tangannya sibuk memilih beraneka jenis bawang di meja gerai.
"Ape je yang dikatakan budak bijak tu semuanya betul belaka. Dah dua hari toyol tak serang orang kampung kita kan?" sambungnya lagi.
"Ye le, aku pun sama pendapat macam kau, Nah. Sebab budak tu le, tok penghulu kita dapat kurangkan belanja dan orang kampung yang meronda pun dapat relaks sekejap.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...