Chapter 61 - Mendawai Kokotkan Makhluk Hijau Kebiruan

1.8K 84 22
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Jam loceng di sebelah katilnya dah menunjukkan pukul sebelas lima puluh dua minit malam. Namun Ehsan masih belum dapat melelapkan mata.

Dia hanya berbaring di katil sambil fikiran melayang teringat akan kejadian petang tadi.

Kejadian yang menandakan bermulanya persengketaan dia dengan adik tersayang. Mudahnya persahabatan mereka berakhir, setelah mengambil masa lama untuk dijalin.

Dia tak menyalahkan Aidan. Memang salah dan silapnya sendiri. Itu memang diakuinya.

Suasana malam gelap-gelita, sunyi dan hening. Cuma sesekali terdengar lolongan anjing di kejauhan. Juga bunyi kongkang dan kuang bersahutan, nun di rimba gelap.

Tinggal dia dan Munirah di rumah waktu ini. Pak Rahmat, bapanya keluar sejak jam lapan setengah tadi kerana dipanggil Makcik Berlian.

Janda itu meminta tolong bapanya memasang dawai mata punai pada reban ayam yang rosak dek dilanggar babi hutan dua hari lepas. Siang hari bapanya sibuk di kebun dan di rumah, hanya di waktu malam dia sedikit terluang.

"Kau dok kat rumah, jangan ke mana-mana malam ni, ye Esan? Tengok-tengokkan sama Kak Nirah kau tu. Bapak nak ke rumah Makcik Berlian.

"Petang tadi dia mintak tolong betulkan reban ayam dia tu. Katanya, dah banyak jugak ayam yang jadi mangsa anjing liar dan musang," pesan Pak Rahmat tatkala mereka makan malam.

"Takkan buat reban malam-malam cam ni kot?" tanya Ehsan seraya mencapai ulam kacang botol lalu dicecah ke sambal belacan pedas.

"Hmm.. kau bukan tak tau. Dia sayang sangat kat ayam kampung baka sabung dia tu. Takut lama-lama tak dibaiki, habis kena makan sereban," balas Pak Rahmat.

Demi janda anak lima itu, bapanya sanggup bersusah-payah di malam gelap ini mengerah kudrat membantu.

Tapi mungkin juga Naim dan Ikhwan, anak remaja Makcik Berlian yang berumur lapan belas dan lima belas tahun itu turut menolong sama.

Selepas makan, Ehsan mengulang kaji dan menyudahkan homework  sambil meniarap di lantai. Munirah asyik melayan drama Melayu di televisyen sambil tergelak-gelak seronok.

Namun semangat Ehsan seakan hilang tatkala dia teringat pada leteran dan kemarahan Aidan petang tadi.

Tetiba dia jadi sebak dan terharu. Terus dia berbaring menelentang sambil memandang bumbung rumah.

Malas rasanya nak menghabiskan kerja sekolah. Semangat untuk belajar dah hilang dek kecelaruan jiwanya saat ini.

Namun bila teringat kata-kata nasihat dan perangsang daripada Aidan tempoh hari, dia kuatkan juga hati. Akhirnya, dapat juga Ehsan menyudahkan kerja yang diberi cikgu.

Saat ini dah tak kedengaran lagi bunyi televisyen juga ketawa kakaknya.

Mungkin Kak Nirah dah masuk tidur, fikir Ehsan.

Walaupun tak mengantuk namun dia cuba juga berbaring di katil memejamkan mata.

Di lantai sebelah katilnya, terbongkang buku-buku teks juga buku nota. Alat tulis pun tak tersimpan kemas. Semuanya turut berselerakan dan berterabur hingga ke bawah katil.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now