Chapter 72 - Digamit Hantu Budak Mat Salih

1.6K 71 27
                                    

 ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Semua kekawannya tak dapat bermalam di banglo kerana pelbagai alasan. 

Aidan tak memaksa. Dia tahu, mereka pun ada sebab untuk menolak ajakannya. Selalu sangat temankan dia, apa pula kata mak bapa mereka nanti.

"Sorry  arr Edan, abang bukan tak nak, tapi dah kerap sangat abang bermalam kat banglo. Lain kali je, jangan marah ye, dik?" ujar Ehsan sambil mengusap pipi Ilham.

"Aku rasa, aku boleh temankan kau malam nanti. Tapi aku akan sampai jam tujuh lepas aku balik rumah dulu, okey?" janji Sumi.

"Pergh.. lega aku dengar janji kau ni," balas Aidan.

•••♦◄♥►♦•••

Puan Neesa dan Makcik Hartinah gembira bukan kepalang bila Aidan membawa Ilham untuk bermalam di banglo. Mereka silih berganti mendukung juga mengacah budak lincah itu.

Encik Faizul pun turut tumpang sekaki melayan karenah Ilham. Budak kecil itu amat gembira dek ramainya orang melayan dan bermain dengannya.

Mungkin selama ini dia hanya dilayan oleh nenek kerana mak kandung sendiri tak mempedulikannya. Bila di banglo dengan persekitaran baru lagi meriah membuatkan dia terhibur dan ceria.

Sumi sampai sekitar jam tujuh setengah tatkala makan malam sedang dihidangkan.

"Pergh.. kau memang langkah kanan. Jom kita makan sama-sama," ajak Aidan.

"Ala, aku segan campur malu arr nak makan ngan mak dan bapak kau. Kita makan lepas dia orang makan je," jawab Sumi sambil mendukung Ilham.

"Ape nak malu? Bukannya kau tak biasa," balas Aidan.

Akhirnya budak chubby  itu mengalah juga dan makan penuh berselera dengan lauk sambal sotong juga bawal kukus, air tangan Makcik Hartinah.

"Mama geram sangat kat Ilham ni. Comel dan lincah je," kata Puan Neesa tatkala mereka selesai makan dan bersantai menikmati ais krim di ruang tamu. 

Tak henti dia menyuap Ilham yang menganga mulut bak anak burung kelaparan.

"Kalau suka kat Ilham, nape makcik tak beranak je? Boleh gak Edan ni dapat adik betul.. he he," sampuk Sumi dengan lancangnya.

"Eee.. makcik ni dah tua le. Tak sesuai berbadan dua.. hu hu," jawab Puan Neesa sambil menjeling Encik Faizul.

Aidan tersengih manja merenung emak dan bapanya, mungkin bersetuju akan kata-kata Sumi tadi.

"Nanti le, papa cari mama baru, then  Edan akan dapat adik.. he he," usik Encik Faizul galak.

"Edan tak nak adik tiri, Edan nak adik betul yang mungkin akan ade iras-iras muka Edan gak, baru best, " sampuk Aidan demi menghangatkan perbincangan.

Puan Neesa memuncungkan mulutnya sambil mengusap rambut serabai Ilham.

"Ma, nanti ma uruskan ekk kalau Ilham ni nak berak atau nak kecing ke ape ke. Edan tak nak time  kami tido, dia merengek plak. 

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now