Chapter 7 - Bertemu Budak Bukit

2.3K 125 12
                                    

ACHTUNG

  Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya  

•••♦◄♥►♦•••

Selepas makan, mereka sambung berenang serta berposing * dengan kamera yang Aidan bawa. Sekejap di dalam air dan sekejap di atas batu.

"Aku nak upload  foto-foto ni kat FB  dan Insta  aku nanti, untuk kekawan kat sekolah lama aku tu tengok," terang Aidan tatkala mereka berbaring terlentang atas batu besar di pinggir air terjun.

Tempias jernih dari air terjun membasahi tubuh mereka umpama hujan gerimis di tengah hari.

"Kau ni betul-betul setia arr, Edan. Walaupun dah berpindah ke sini tapi masih lagi ingat kat kekawan lama kau tu."

"Wey, kawan yang dah lama aku kenal dan banyak plak kenangan aku ngan dia orang, susah arr nak lupakan cam tu je. Lagipun, dia orang pesan, kalau dah syok kat tempat baru, jangan sesekali lupakan kawan lama." 

Tatkala mereka berdua menelentang di batu besar tersebut, tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan di celah-celah semak yang merimbun.

Bunyi bising air terjun menghilangkan bunyi derapan kaki sang pemerhati yang kekadang terpijak dedaun kering dan ranting-ranting rapuh di situ.

"Jom arr kita belah, dah pukul dua lebih ni. Nanti tak sempat plak kita nak rasmikan kolam renang aku tu," ajak Aidan.

Dia mencapai tuala dan pakaiannya lalu bingkas bangun.

•••♦◄♥►♦•••

Petangnya, mereka merasmikan kolam renang yang kebiruan airnya dengan ditemani beberapa orang yang lain. Pak Kamil hanya memerhatikan saja kedua budak lelaki lasak itu berenang penuh riang.

Puan Neesa pun ada sama duduk di tepi kolam di bawah parasol * merah sambil berbual dengan Makcik Hartinah dan Makcik Zamrud.

"Edan, kalau cam ni, aku rasa nak je aku tukar sekolah esok sebab tak sanggup aku tunggu lama-lama. Best  betul dapat join  kau kat kolam ni. Nanti aku di asrama akan sentiasa teringat kat kau je." 

"Ala sabar arr, lagi sebulan je. Pergh.. best nya kolam ni. Dah masuk kat dalam air ni baru rasa kolam ni besar gak, kan?" 

"Sebenarnya aku pernah berenang kat kolam kau ni time  kecik dulu. Aku rasa dah lebih tujuh tahun kot kolam ni tak ade orang yang endahkan. Mungkin bekas manager  dulu tak berminat kot dengan aktiviti berenang ni.

"Aku pernah gak mintak bapak aku tanyakan kat bekas manager  tu pasal ape tak nak bersihkan kolam ni, tapi dia orang cakap kolam ni lebih banyak bawak keburukan daripada kebaikan so  aku pun diam arr," terang Maswira.

"Ape maksud dia orang cakap cam tu, ekk?" soal Aidan curious

Dia rasa pelik dan sangsi dek penerangan Maswira.

"Entah arr. Aku pun tak bertanya lanjut pasal tu," jawab Maswira.  

Pelbagai perkara bermain di minda Aidan saat ini. Apa jenis keburukan yang dibawa oleh kolam ini? Apakah pernah berlaku kemalangan atau ia dah memakan korban sebelum ini?

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now