Chapter 158 - Dua Budak Misteri, Ada Di Antara Mereka

1.1K 50 29
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Hmm.. asalnya aku nak buat Mini Update  je. Tapi sebab asyik mengarang & syok merapu sampai berjela-jela plak jadinya chapter  ni. Jangan marah, ekk? Aku tengah mood  seronok sekarang ni. Layan je, kay?

• • PERHATIANChapter  kali ini, kalau korang bace ulang-ulang, tak akan habis sampai bila-bila pun, caya tak? Lagu D.J. Dave pun turut muncul sekali lagi.. hee.

•••♦◄♥►♦•••

"Pelik kan ape yang kita alami kat rumah Mak Munah tadi?" getus Aidan sambil menjeling Ehsan.

Kini, kedua remaja lasak lagi kacak itu sedang mengayuh mendaki jalan berbukit menuju ke banglo. Berpeluh-peluh uniform  sekolah mereka, juga berlengas ketiak dan celah paha. 

Letih.

Dengan segala kejadian yang menimpa Mak Jemilah dan Rusty sebentar tadi. Serta, yang berlaku terhadap mereka di bawah rumpun pokok pisang berhampiran rumah Mak Munah.

Tubuh remaja mereka perlu berehat dan bertenang bagi mengumpul semula tenaga.

"Kalau dapat berendam dalam swimming pool, kan best? " Aidan melontarkan idea.

Ehsan hanya tersengih dan mengangguk.

Sekarang dah pukul empat dua belas minit petang. Namun bahang mentari masih terasa, biarpun kini mereka melalui kawasan yang berpokok di kiri kanan jalan tersebut.

Tetiba.

"Eh, itu nampak cam bapak abang je," tukas Aidan.

Dia menuding ke arah seorang lelaki bermotosikal, nun di hadapan mereka.

"Hmm.. betul arr tu. Mungkin dia nak ke pekan kot?" balas Ehsan.

"Korang baru balik sekolah ke? Lambatnya. Hari dah petang sangat pun," tegur Pak Rahmat mesra sambil memberhentikan motosikalnya.

Dia lantas membetulkan topi koboi* di kepalanya yang sedikit menyenget.

"Ya, bapak. Tadi kami borak-borak ngan kekawan kat rumah Mak Munah. Ade kejadian malang berlaku kat Mak Jemilah. Heboh orang kampung. Ape, bapak tak tau ke pasal tu?"

"Kejadian malang? Mak Jemilah? Bapak tak tau ape-ape pun. Lepas balik dari menoreh tadi, bapak tak ke mana, letih. Berehat kejap kat rumah. Ape yang berlaku kat bini Setapa Steady tu?"

Pak Rahmat agak cemas, menanti jawapan daripada anaknya, ataupun Aidan.

Kedua remaja itu saling berpandangan.

Akhirnya Ehsan menceritakan segala kejadian yang berlaku di Kampung Serindit Tulang sepanjang awal petang tadi. Sesekali, Aidan pun turut sama menyampuk.

Namun, perihal mereka mengalami perkara aneh di bawah pokok pisang di pinggir rumah Mak Munah tak diceritakan kerana ia melibatkan rahsia mereka selama ini.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now