ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
KERANA TERLAMPAU PANJANG CHAPTER NI, AKU TERPAKSA BUAT KEPUTUSAN DRASTIK UNTUK PISAHKAN MENJADI DUA, CHAPTER 69 & 70
•••♦◄♥►♦•••
Kerana kuasanya dah dilumpuhkan oleh Ehsan dengan bantuan Guruh tempoh hari, makhluk hijau kebiruan ini hanya mampu berlari untuk ke sana sini.
Namun lariannya laju bertenaga bak puyuh liar di semak-samun.
Bisa kepitan beberapa dawai kokot masih terasa, selagi besi halus itu tak dibuang. Dia sendiri tak berupaya membuang dawai tersebut kerana tangannya seakan terkena api andai menyentuhnya.
Kalau ada tuan, dia mungkin tak menanggung azab sengsara sebegini.
Satu-satunya harapan hanya pada Bomoh Mahat. Namun orang tua itu sudah jadi gila dan meracau dek amukannya tempoh hari.
Mantan tuannya itu dah tak berguna lagi. Amukannya itu menandakan mereka dah berpatah arang* dan berkerat rotan* sebagai saudara.
Janji serta ikrar mereka dah terlerai. Mereka kini saling bermusuhan.
Mungkin budak bukit yang mendampingi harimau itu boleh dipujuk untuk membebaskannya. Dia harus pandai memainkan bahasa juga lakonan agar suatu hari nanti remaja itu akan terpedaya.
Dia rindu saat-saat dirinya mampu terbang menyusur angin andai hendak ke sana sini. Tidak perlu berlari atau berjalan yang hanya memenatkan dan membuang tenaga.
Apatah lagi ketika dia sedang kelaparan sebegini. Tidur tiga hari membuatkan tubuhnya lemah dan menggeletar dahagakan darah segar.
Tiba di pinggir kampung, dia nampak beberapa manusia sedang bermotosikal hilir mudik dengan tawa hilai memenuhi jalan-jalan kampung.
Ternyata, kehadiran ramai manusia saat ini menyukarkan lagi urusannya. Pada fikirannya, akan mudah segala pergerakan seperti tiga malam lepas.
Namun halangan mengejut ini tak terduga olehnya.
Tubuh kecil hijau kebiruannya kalau sekali pandang seakan sebati dengan semak juga rerumput subur di tepi jalan. Lantas membuatkan dirinya tak mampu dilihat oleh para peronda kampung tersebut.
Dia juga berusaha mengelak dari terdedah pada cahaya lampu jalan. Matanya akan mudah terkeliru dek sinaran lampu. Dalam keadaan tertentu, dia akan buta sementara. Itulah yang cuba dielakkannya.
Bila keadaan nampak selamat, dia melangkah ke hujung kampung, ke rumah Bomoh Mahat. Itulah tujuannya malam ini.
Dalam rumah itu terdapat ramai pemuda pemudi anak-anak mantan tuannya. Dengan satu serbuan saja, dia pasti akan puas menikmati darah segar juga teruna dan dara mereka.
Lapan kesemuanya anak si bomoh. Tiga masih kecil dan lima dah menginjak ke alam remaja. Seorang dah menjadi mangsanya sebelum ini.
Mengingat akan itu, dia terkekek halus sambil menapak laju.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...