• TEASER BB 99 •

1.3K 50 16
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


• • PERINGATAN • • 

Jangan bace teaser  ni sebelum korang layan chapter  98 'Hantu Dua Beradik Yang Kononnya Mati Dilanggar Steamroll' tu, ekk? 😉

•••♦◄♥►♦•••

Aidan terjaga sekitar jam tujuh sepuluh minit pagi. Dilihatnya Aiman Harith masih enak berdengkur dengan irama lembut yang menyenangkan.

Cahaya suria keemasan mencuri-curi masuk melalui celahan langsir tingkap. Menambahkan indahnya suasana pagi Ahad yang akan dipenuhi agenda maha penting sekejap lagi.

Direnungnya budak darjah enam itu yang sering menjadi mangsa buli abang sendiri. Walaupun bukan dalam bentuk yang ekstrem bulian si Lokman Harith itu, namun Aidan kasihan akan nasib si adik.

Tapi bila teringat akan projek mereka malam tadi, dia jadi tersenyum sendiri. Aidan yakin, selepas ini Lokman Harith akan berubah tiga ratus enam puluh darjah.

Dia lalu menanggalkan gelang pemberian si elf  di tangan kirinya. Kemudian gelang di tangan Aiman Harith pun turut ditanggalkan sama.

Dia tak mahu kekawan yang lain nampak akan benda tersebut. Nanti banyak pula soal jawabnya. Berhati-hati Aidan memasukkan dua utas gelang itu ke dalam uncang kulit lalu disimpan cermat dalam laci.

"Wey, Aiman. Bangun arr, dah siang pun," dia mengejutkan budak darjah enam itu seraya menggoncang-goncangkan tubuhnya.

"Dah siang ke? Rasa malas arr nak bangun. Projek malam tadi buat aku rasa tak ade mood  dan letih je," jawab Aiman Harith lambat-lambat.

"Pergh.. takkan plak mengembara sekejap dan kat dalam kampung kau je boleh buat kau letih kot?" balas Aidan. 

Dia menjentik mesra cuping telinga kawannya itu.

"Aku letih sebab malam tadi terpaksa tahan ketawa. Rasa sakit perut dan senak kidney  aku ni sebab tak boleh nak gelak puas-puas.. he he."

"Bukan kau je, aku pun sama gak. Cuma, aku rasa nak terkencing sebab dok tahan gelak tengok muka abang kau yang pucat dan takut sesangat tu.. he he."

"Thanks, Edan. Aku rasa, lepas ni abang aku tak akan buli dan luku aku dah. Walaupun dia bukannya buli aku teruk-teruk tapi aku rasa tak best  bila dia layan aku cam tu. Aku puas sebab dapat takutkan dia dan suruh dia basuh kasut, lipat spender, singlet dan tolong aku buat keje kat rumah. Senang arr hidup aku nanti, kan?" luah Aiman Harith.

Dia lalu memeluk erat tubuh Aidan. 

"Kau memang pandai ambik kesempatan arr, Aiman. Tapi jangan plak sampai kau yang buli dia balik nanti," ingat Aidan.

"Mana ade? Aku tak akan buat cam tu. Cuma aku akan buli dia sikit-sikit je, baru adil, kan? Tapi, mana kau dapat idea hantu dua beradik mati dilanggar steamroll  tu? Lawak betul. Nama plak cam pompuan je walaupun hantu dua beradik tu lelaki. Nadia dan Namia, unik kan nama tu?" 

"Pasal hantu dua beradik tu, aku just  dapat idea secara spontan time  kau dok tulis kat whiteboard. Nama tu plak, aku teringat teka-teki Ninioc yang kau dapat jawab hari tu. So, aku gabungkan semua idea tu, jadi arr 'Hantu Dua Beradik Yang Mati Dilanggar Steamroll'."

Mereka berdua ketawa mengekek.

"Pergh.. tak selesai lagi ke korang buat projek? Dari malam gelap sampai siang terang-benderang ni pun dok layan lagi skandal songsang korang tu? Tak boleh jadi ni, aku kena report  kat Ustaz Ghazali untuk diambil tindakan sewajarnya. Korang berdua dah mencemarkan nama baik sekolah kita," leter Sumi, berseloroh.

Budak chubby  itu lantas melompat ke katil dan mendarat di sebelah Aidan. Cepat-cepat Aidan meleraikan pelukan Aiman Harith.

"Kau tu berat cam badak air, jangan arr lompat sampai bergegar katil aku. Nanti patah terpaksa aku tumpang tido kat lantai ngan korang," marah Aidan, namun mesra.

"Sebenarnya, ape projek korang berdua malam tadi? Adakah ia melibatkan perkara yang lucah atau just  benda biasa yang ade kena-mengena ngan problem  kita kebelakangan ni?" soal Sumi.

"Susah aku nak jawab soalan kau tu. Bukan aku tak nak bagitau, tapi masanya belum sampai lagi. Banyak benda yang kami berdua kena fikirkan. Harap kau faham, ekk? Mungkin lepas kita jumpak Tok Jenang, baru aku akan citerkan kat korang semua, okey?" jawab Aidan sambil tersenyum memandang Aiman Harith.

"Nape plak kau pilih budak kanyiar ni untuk projek kau tu? Aku kan kawan karib kau? Kau sesaja nak buat aku kecik hati arr, Edan. Aku rasa cam terpinggir dan tak dipedulikan je, aku jealous  ni.. hu hu," rengek Sumi.

"Wey, kau dah salah sangka arr. Bukan aku yang pilih Aiman. Tapi dia yang pilih aku dan Spence untuk projek rahsia ni," pantas Aidan menangkis, cepat-cepat pula disokong oleh Aiman Harith.

"Pergh.. budak mat salih tu pun terlibat sama ke? Korang ni makin buat aku pening arr. Argh, sampai bila aku kena tunggu ni?" Sumi bertempik, melepaskan segala stress  dan tension.


• TUEasa | 17102017 |  772 words •

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now