Chapter 15 - Tetamu Tengah Malam

1.8K 107 3
                                    


"Kawan-kawan baik Edan kata, Edan dah banyak berubah. Dah tak pedulikan dia orang lagi sejak Edan berkawan ngan abang. Edan rasa, tak lama lagi Edan akan kehilangan kawan, sorang demi sorang," luah Aidan tatkala dia dan Ehsan di tepi kolam renang.

Mereka bersantai seperti biasa selepas balik sekolah. Makan tengah hari di pinggir kolam. Namun petang ini mereka hanya berenang saja dan tak naik ke bilik Aidan seperti selalu.

"Kan dari mula lagi abang dah bagi peringatan kat Edan yang perkara ni akan berlaku? Bebudak kampung dan kat sekolah bukannya suka kita berkawan baik. Malah, dia orang selalu je anggap negatif hubungan kita. 

"Abang ni memang sering je bawak malang walau ke mana abang pegi, walau ngan siapa abang berkawan. Kesian Edan, disebabkan abang, Edan terima nasib cam ni. Abang harap, lepas ni kita tak payah jumpak kat sekolah dah. Edan buat arr cam dulu. Jangan abaikan kekawan baik Edan tu," balas Ehsan dengan nada sayu.

"Tak, Edan tak akan tinggalkan abang. Walau ape yang terjadi, kita tak akan berpisah. Pasal kawan-kawan Edan tu, lantak dia orang arr. Bukannya salah Edan pun, dia orang yang sesaja buat hal," pantas Aidan menjawab.

"Bukannya abang mintak kita putuskan hubungan. Cuma kat sekolah je, tapi bila lepas sekolah kita jumpak cam biasa. Abang akan selalu datang ke rumah Edan. Abang janji, okey? Ngan cara ni, Edan tak akan kehilangan kawan baik. Bukan senang nak cari ganti kawan yang dah rapat ngan kita. Kalau Edan kehilangan dia orang, tentu susah. Abang pernah alami semua tu," balas Ehsan.

"Ah, Edan tak kisah, biar hilang seratus kawan pun. Abang sorang je ade, itu dah okey bagi Edan," penuh yakin Aidan menjawab. 

Ehsan termangu mendengar luahan hati si adik.

Dia pun berfikiran yang sama. Walau Aidan seorang saja kawannya ketika ini, namun hidupnya amat ceria berbanding sebelumnya. 

Aidan dah memberikan sinar cahaya pada kehidupannya yang selama ini murung dan redup.

"Abang jangan risau pasal kekawan Edan tu, kita buat cam biasa je. Edan tak akan korbankan persahabatan kita hanya untuk ambik hati dia orang," tambah Aidan lagi.

"Hmm, terpulang arr kat Edan. Abang ikut je ape yang Edan rasa baik untuk diri Edan. Hanya Edan je kawan yang abang ade." 

"Jom kita berenang, bang?"

Perbualan mereka terhenti dek ajakan Aidan itu. 

Lantas keduanya terjun bersama penuh keriangan menyejukkan badan.

•••♦◄♥►♦•••

Jam dah sebelas dua belas minit malam. 

Aidan sedang asyik di dalam biliknya menyiapkan homework. Matanya dah lama mengantuk namun terpaksa ditahan juga untuk menyiapkan semua kerja yang diberi cikgu.

Keletihan sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan di swimming pool  dengan Ehsan membuatkan tubuhnya tak mampu bertahan.

Tersengguk-sengguk* kepalanya tatkala menyudahkan kerja terakhir di meja tulisnya. Mata pun dah semakin kuyu.

Selesai segala kerja, Aidan memang dah tak sabar nak melompat ke katilnya dan terus tidur. Namun baru saja dia memadamkan lampu, dia terpandang bayangan seseorang berdiri di sebelah katilnya.

Terkejut Aidan dan tersirap darah remajanya bila dalam kesamaran cahaya lampu luar yang masuk melalui tingkapnya, dia lihat satu lembaga manusia berdiri kaku memandang ke arahnya.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now