ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Nah, ambik le tuala dan baju buruk atuk ni, pakai buat sementara waktu. Nanti, cu terus je balik ke rumah dan jangan pandang belakang lagi.
"Atuk rasa, cu ni dah disorok makhluk halus malam tadi dan dibawak ke sini. Tengok je tubuh cu yang berpalit lumpur dan kotoran ni," tutur Tok Jenang penuh hati-hati.
Dari apa yang dilihatnya pada Aidan, dia tahu ada sesuatu yang tak kena telah berlaku.
Sebagai orang lama di daerah ini, dia masak sangat akan segala kejadian aneh dan pelik sekitar kawasan hutan dan perbukitan ini.
Aidan mencapai tuala dan baju kemeja lusuh pemberian orang tua itu lalu disalut ke tubuh telanjangnya.
Baru dia perasan akan lumpur kering yang terpalit di seluruh tubuhnya.
"Terima kasih, tok," ucapnya lembut penuh hormat.
"Cucu ni siapa dan anak siapa? Atuk tak pernah pun nampak cu sebelum ni?" tanya orang tua itu sambil menyuakan kopi panas dalam cawan plastik kepada Aidan.
"Minum le dulu, buat segarkan ingatan dan tubuh cu," pelawanya.
"Nama saya Aidan, anak pengurus ladang getah yang dok kat banglo di Bukit Pasak sana," jawab Aidan mesra sambil menghirup kopi.
"Oo.. kalau macam tu, jauh jugak cucu ni datang, ye? Banglo tu kira-kira lima batu dari kebun atuk ni. Tak ape, nanti atuk akan hantar cu dengan motor buruk atuk tu.
"Takkan pulak cu nak balik berjalan kaki dalam gelap ni, kan? Lagi pun, jauh kalau nak berjalan tu," terang Tok Jenang mesra.
Memang suasana agak gelap kerana sekarang baru pukul enam lima puluh minit pagi. Ditambah, dengan kabus dan embun dingin di pagi hari ini membuatkan keadaan amat kelam dan suram.
Lagi pula, Aidan tak tahu ke arah mana yang nak dituju untuk pulang ke banglonya. Semua nampak amat asing dan memeningkannya.
Dan penerangan lelaki tua ini yang mengatakan banglonya lima batu dari sini membuatkan Aidan terkesima. Mengapa dia guna ukuran batu dan bukannya kilometer seperti kebiasaan?
Hmm.. mungkin orang tua ini masih lagi mengukur jarak dengan ukuran lama dan tak mahir menggunakan sistem metrik.. fikir Aidan.
"Terima kasih, tok. Kalau atuk tak jumpa dan kejutkan saya tadi, entah ape akan jadi kat saya," ucap Aidan.
Kini dia mula tenang dan fikirannya kian segar apatah lagi bila mendengar akan janji Tok Jenang tadi.
"Hmm.. tak ape, atuk faham. Di daerah ni, perkara macam tu selalu jugak berlaku tapi syukur le hingga kini tak ade pulak makhluk halus tu mengapa-apakan mangsanya.
"Paling-paling pun, dia mengusik dengan cara sorokkan orang atau menyakat di malam hari je. Atuk rasa cucu ni dah kena usikan 'mereka' tu," balas Tok Jenang.
"Mereka? Makhluk halus? Cam mana lak tu? Ape maksud tok, saya tak faham arr?" tanya Aidan curious.
"Tak ape, cucu jangan le fikirkan sangat pasal tu. Nanti balik rumah tidur dan berehat je. Bila-bila ade masa lapang, atuk akan ke banglo cucu dan terangkan semuanya.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...