Chapter 77 - Lawatan Ke Gerai Hantu

1.5K 78 11
                                    

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Mak, mak tau tak bila Encik Faizul dan Puan Neesa tak ade di rumah? Mungkin dia orang keluar ke mana-mana ke?" tanya Maswira kepada emaknya tatkala sedang bersarapan.

"Aik, pelik benar pertanyaan kau ni, kenapa? Tak pernah-pernah tanya pasal ni," Makcik Hartinah menyuarakan kehairanan.

"Tak ade arr, Wira sesaja tanya sebab nak lepaskan rindu berenang kat swimming pool  tu. Kalau dia orang ade, rasa segan plak," Maswira menjawab memberi alasan.

"Entah le, mak pun tak pasti. Nanti kalau dia orang keluar, mak bagitau. Mungkin ade satu majlis rasmi kat bandar sana yang Encik Faizul kena hadir bersama Puan Neesa," balas Makcik Hartinah.

"Tapi mak tengok Edan dan dua tiga kawan dia dok kat kolam tu sekarang ni. Cer kau pegi berkawan dan sama-sama berenang dengan dia orang tu," tambah Makcik Hartinah.

"Malas arr Wira nak campur ngan dia orang semua. Buat sakit hati dan geram je." 

Makcik Hartinah hairan dengan gelagat anak remajanya ini. Sejak baik dari kesampukan tempoh hari, dia berubah dengan amat ketara.

"Ape nak jadi kau ni, Wira? Kenapa dah banyak perubahan pada kau ni? Cuba le jadi macam Edan tu, baik dan berbudi bahasa. Tak menyusahkan orang lain," leternya.

Maswira cepat-cepat menghabiskan nasi goreng di pinggan. Tak sanggup dia nak mendengar lagi leteran emaknya.

"Mak, Wira nak keluar kejap jumpak kawan."

Dia lalu menghilang ke ruang tamu.

•••♦◄♥►♦•••

Nun di pinggiran swimming pool , kelihatan Aidan, Ehsan, Sumi, Palis dan Brice sedang riang bersantai setelah puas berenang sebentar tadi.

"Pukul berapa kau nak ke rumah Ilham?" tanya Sumi kepada Aidan. 

Mereka kini bersila di tebing kolam sambil menikmati nasi goreng, sarapan pagi ini.

"Sekarang dah pukul sebelas tiga minit pagi. Aku ingat nak pegi pukul dua belas setengah kot," jawab Aidan.

"Kalau cam tu, biar kami balik dulu ekk? Nanti kita jumpak kat rumah Ilham, okey?" balas Palis.

"Abang pun nak balik kejap ke rumah, nanti abang datang balik," sampuk Ehsan.

Memang sepatutnya mereka pulang ke rumah kerana sejak keluar malam tadi untuk meronda, mereka langsung bermalam di banglo Aidan.

•••♦◄♥►♦•••

Ilham keriangan tatkala melihat Aidan dan yang lain-lain di muka pintu. Terus dia minta didukung oleh abang tersayang.

Bebudak bersembilan itu silih berganti mengucup dan menyakat Ilham yang kini teruja dan tersengih galak dalam pelukan Aidan.

"Nah ais krim dan lolipop untuk Ilham, jom kita dok kat pangkin bawah pokok," ajak Aidan.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now