Chapter 130 - Satu Malam Yang Syahdu, Banyak Perkara Berlaku

1.4K 65 51
                                    

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Jangan terkejut beruk plak time  bace chapter  kali ni. Aku selitkan setiap adegan dengan unsur malam yang penuh rahsia lagi bermisteri. Ade semangat kekeluargaan, persaudaraan, persahabatan juga kejiranan yang unggul lagi terpuji. Cer korang bace & cuba jangan tergelak, senyum pun tak dibenarkan.. hee.. 😀

•••♦◄♥►♦•••

Selepas makan malam yang enak hasil masakan Pak Rahmat, Aidan dan Ehsan masuk ke bilik untuk berehat.

Tadi, ikan kerisi masak cabai, sayur kucai goreng bertelur dan sambal belacan berulam petai rebus memang membuka selera Aidan. Dua kali dia ulang menambah nasi hingga Pak Rahmat tersengih seronok.

Tatkala ini, Kak Munirah, seperti biasa asyik menonton televisyen sambil sesekali tergelak dek gelagat lucu Joey Daud yang berpasangan dengan Azizah Mahzan, dalam drama sensasi terkini, 'Nenek Kepoh Itu Awek Aku'.

Menurut ruangan pojok* di sebuah blog hiburan terkemuka, 'Rotiplanta', drama komedi tersebut kini sedang viral  dan mengungguli carta, mengalahkan kesemua drama pukul tujuh yang menampilkan pelakon yang kononnya seksi dan kacak itu.

"Abang tak ade homework  ke?"

Ehsan mendengus sambil menggelengkan kepala, langsung tak memandang wajah Aidan yang bertanya.

"Edan pun tak ade. Sekarang ni just  nak semak buku latihan kot kot ade yang belum Edan bereskan lagi."

Ehsan masih diam mematungkan diri.

Naik menyampah pula Aidan melihat akan gelagat abangnya. Senyap dan dingin sejak siang tadi membawa ke malam pula.

Ehsan mengemaskan beg sekolahnya lalu keluar ke bilik air. Seketika kemudian, dia muncul, tak bersuara, terus merebahkan tubuh shirtless nya di katil. Dia cuma berkain pelikat rona coklat muda.

Tubuh sasanya itu makin nampak terbina kukuh dan padat. Maklumlah, dia dah pun menghampiri usia dewasa.

"Nape abang ni? Takkan kat Edan pun abang nak marah sampai tak berpenghujung, kot? Jangan disebabkan Puan Nur Manis tu, kita bergaduh bermasam muka plak," tempelak Aidan.

Dia menyimpan buku-buku latihan lalu berbaring di sebelah Ehsan di katil bujang bercadar biru.

"Panas arr, sempit lagi," rungut Ehsan lalu dia turun dari katil menghamparkan tilam nipis dan tidur di lantai.

Dengan selamba, Aidan pun ikut sama berbaring di sebelah budak bukit itu.

Ehsan merungut lagi dan mendesah tak puas hati. Dia naik semula ke katil meninggalkan Aidan terpinga-pinga.

Tak mahu berputus asa, dia ikut sama berbaring di sebelah abangnya.

"Ish, rimas arr, asyik dok ikut orang je. Panas, tau tak?" marah Ehsan.

Dia bangun semula untuk kembali tidur di lantai namun pantas Aidan memeluk tubuh si abang.

"Jangan nak ke mana-mana. Tido je kat sini. Edan ade banyak nak cakapkan kat abang," getus Aidan bernada tegas.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now