Chapter 148 - Tolong.. Olang Minyak Menyelang Kembali!

1.7K 66 88
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• SILA AMBIL PERHATIAN •

• • Pergh.. siap gak chapter  ni. Sorry  sebab lama korang menunggu. Tapi berbaloi sebab cam biasa panjang giler, lebih 8,600 words  & boleh buat tujuh chapter, kan? Sejam untuk korang habiskan satu chapter. Ini arr chapter  paling panjang yang pernah aku publish. Glosari pun panjang berjela kat bawah tu. Moga korang terhibur, ekk?

• • Harap korang pembaca setia tak bosan & serik menunggu, semuanya bersebab. Aku terpaksa buat chapter  yang panjang sebab limit  untuk setiap novel kat Wattpad ni hanya 200 page  je. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak masukkan dalam citer ni. Takut plak kalau buat chapter  yang pendek akan cepat sampai limit  tu. Aku tak nak buat sambungan BB ni di buku lain. So, harap korang faham kalau aku lambat publish. Di samping idea & masa, mood  juga menjadi penghalang untuk aku siapkan sesatu chapter. Tak caya? Tanya je author  yang lain tu.. hee. 

• • Caya tak korang yang BB ni mungkin akan cecah 1,000,000 (sejuta) words  nanti? Pergh.. jadi jutawan arr aku, kan? Hee.

• • Cam biasa gak, chapter  kali ni pun hanya sesuai untuk pembaca yang berusia lebih 30 tahun.. hee.

Thanks  sebab setia menunggu. 😌

•••♦◄♥►♦•••

"Lamin, bagi aku kopi O gelas sedang* dan telur setengah masak tiga bijik, ye?" laung Penghulu Maliki tatkala melabuhkan punggung tuanya di kerusi.

"Gelas sedang? Sedang buat ape gelas tu, tok? Hi hi hi," sampuk Atan Sengkoi, nun di meja hujung.

Pelanggan lain ada yang tersengih lucu dek pertanyaan pemuda tiga suku itu.

Penghulu Maliki tak mampu menjawab. Dia pun turut tersengih sama. Kekadang, lantunan idea dan pertanyaan Atan Sengkoi amat melucukan, namun bernas.

"Wah, tok. Hari-hari pekena telur tiga bijik, tentu sihat walafiat sepanjang masa dengan zat dan vitamin yang baik.. he he," usik Mud Spanar sambil melontarkan sebiji karipap ke mulut luasnya.

"Ala, bukan selalu, Mud. Lagi pun, sekarang kan telur murah? Tanpa cukai, kononnya.. he he ha ha hu hu," Penghulu Maliki menjawab.

Terdengar ketawa mengekek menggamatkan sekitar gerai.

Awal pagi ini ramai juga pelanggan di gerai Pak Lamin menjamu selera bersarapan.

Setapa Steady, Pak Bustaman, Haji Bahar, Pak Sahak serta beberapa ahli JKKK pun kelihatan sama di situ.

"Tak ade ape-ape berita tentang anak Berlian ke, tok?" soal Jefri Kasman. Tangannya ligat menggaru pangkal paha, kegatalan.

"Hmm.. nampaknya begitu le, Jeff. Kalau ade ape-ape perkembangan, dah tentu kita semua di sini tau. Kampung ni kecik je, gosip dan khabar angin cepat tersebar," balas Penghulu Maliki seraya membuka bungkusan nasi lemak sambal kerang.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now