ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Ape lagi kau mau? Jangan berlebih-lebih dan mengada-ngada plak. Bak pepatah Melayu ade mengatakan, diberi betis nak paha," sergah Fikri, berwajah serius.
"Relaks le bang, jangan marah-marah, nanti cepat stress. Permintaan aku ni hanya akan aku bagitau kat Abang Esan je. Aku hormat dia melebihi abang-abang yang lain. Dia nampak amat rasional," jawab Habibul.
"Ape? Kau nak mintak spender jenis boxer ke? Nanti aku bagi aku punya. Ade banyak kat rumah tu," tetiba Aiman Harith bersuara membuatkan kekawannya tertawa kecil.
"Ewah, pandainya abang Aiman buat lawak. Abang berani sebab ade ramai orang, kalau abang sorang je, tentu kecut telur. He he he.. wheeetttt," balas Habibul, menyindir tajam.
"Ape yang kau nak? Cakap arr, jangan nak bersandiwara lagi. Kami dah letih layan kerenah kau malam ni," gesa Ehsan tegas.
"Jom kita ke sudut sana, aku tak dapat bagitau depan abang-abang yang lain. Aku pun ade rasa malu dan segan," jawab si toyol, tersengih.
"Pergh.. malu plak. Tak sedar diri pakai spender oren, koyak nampak punggung plak tu.. he he," seloroh Sumi, memperlakukan seolah Habibul itu kawan sepermainannya saja.
"Abang gemuk ni tak habis-habis nak sindir aku. Cer kau cermin diri tu. Kau pun sekarang ni pakai boxer koyak, kan?" sergah Habibul membuatkan Sumi terkedu.
"Okey, korang jangan ikut aku, ekk? Dok je kat sini. Nanti aku datang balik," pesan Ehsan kepada Aidan dan yang lain-lainnya.
"Hati-hati Esan, kalau ade ape-ape, just jerit je panggil kami. Aku tak berapa percaya kat Habibul tu," bisik Fikri kepada Ehsan.
"Don't worry, dia tak boleh buat ape-ape kat aku. Ni hah, stapler akan jadi senjata pemusnah dia nanti kalau dia try nak buat sesuatu," balas Ehsan lalu mengekori makhluk hijau kebiruan itu.
"Sedih gak aku dengar kisah Habibul tu, ekk? Selama ni, dia dipergunakan oleh Bomoh Mahat dan tuan-tuannya yang dulu ngan cara paksaan. Rupa-rupanya, dia pun boleh berfikir dan pandai plak berbahas luahkan pendapat. Nampaknya citer pasal toyol ni kena arr rewrite semula, kan? Jangan kita dok beranggapan yang klise pasal dia," hujah Brice.
"Kekadang, manusia lebih jahat dari hantu dan hantu plak lebih baik dari manusia, kan?" sampuk Lokman Harith berseloroh.
Aidan memerhatikan dengan penuh musykil akan gelagat Habibul dan Ehsan. Dia makin sangsi tatkala mereka berdua masuk ke salah sebuah bilik lain.
Ingin saja dia menyertai abangnya itu, namun pesanan Ehsan tadi menghalangnya biarpun hatinya membuak-buak berkeinginan nak menyertai mereka.
Seketika kemudian, mereka keluar dengan Habibul nampak ceria dan riang. Nampak amat kontras makhluk kecil itu berbanding sebelum ini.
"Sebelum kami lepaskan kau pegi, aku ade satu kemusykilan ni. Ape rasionalnya kau cabul Rusty, Lokman Harith, Irfan dan lain-lain bebudak tu?" tanya Aidan.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...