Chapter 75 - Sebelas Budak Hensem Berkonversasi* Dengan Toyol

1.4K 70 7
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Cam biasa arr, disebabkan terlampau panjang sangat chapter  ni so  aku split  jadi dua. Cepat sikit habis, kan? Mungkin ade antara korang yang dah jemu & boring  layan citer ni, so  aku nak cepat-cepat habiskan je. Chapter  76 akan aku publish  esok jam 1400 hrs  selepas aku alter  & edit  untuk memantapkan lagi jalan citer, okey layan je!

•••♦◄♥►♦•••

Suasana hening. 

Masing-masing menanti. Menunggu dalam resah bercampur gelisah. 

Namun, tetiba..

"Wey.. aku tak boleh risau atau saspens, rasa nak terkencing je ni," bisik Sumi, di tangannya menggenggam stapler.

"Cer kau tahan sekejap. Nanti kencing je kat toyol tu.. he he," seloroh Rusty, juga berbisik. 

Namun itu hanya untuk menyedapkan hatinya sendiri. Hakikatnya, dia pun berdebar saat ini.

Di dalam bilik Nurlisa, dua insan berlainan jantina itu pun turut sama berdebar, namun dalam situasi yang berbeza sama sekali. Bahu mereka bersentuhan dan nafas dihela laju dan kencang.

"Ape kita nak buat ni? Kau tak nak tolong dia orang kat luar tu ke?" tanya Nurlisa, berbisik dengan suara bergetar dek menanggung gelora jiwa remaja.

"Entah arr. Ala, dia orang dah ramai pun kat luar, sure  tak kisah kalau aku tak ade. Lagi pun, chance  cam ni tak selalu kita dapat, kan?" jawab Ikhwan mesra sambil merenung tajam wajah gadis tersebut.

Dia merapatkan bibirnya ke telinga Nurlisa lalu berbisik. 

"Pergh.. biar betul kau ni, time  genting cam ni pun kau sanggup ajak aku main benda tu?" balas si gadis namun bernada mesra.

"Ala, ape salahnya? Cuma kita berdua je dalam bilik kau ni. Sementara dia orang dok tunggu nak tangkap toyol tu, kita boleh ape luangkan masa sekejap. Dapat gak redakan ketakutan kau, kan?" pujuk Ikhwan, berbisik perlahan.

Nurlisa terdiam seketika, mungkin sedang befikir. 

"Hmm.. baik arr. Kalau kau nak sangat, aku pun tak kisah." 

Akhirnya dia mengalah. Dia lalu membuka drawer  dan mengeluarkan satu kotak kecil.

"Kalau nak main gak, kena ade benda ni," ujarnya seraya memegang dan menyuakan kotak kecil itu kepada Ikhwan yang terus menyambutnya.

"Pergh.. kau ni cam tau-tau je dan sure  dah lama ready ni.. he he," balas Ikhwan penuh teruja. 

Dia membuka kotak tersebut dan mengeluarkan isi pentingnya untuk mereka sama-sama memulakan permainan di atas katil empuk itu.

Nun, di luar bilik Nurlisa. Pintu bilik Irfan tetiba sedikit terkuak dan menerbitkan bunyi berkeriut dek ketatnya engsel* yang tak diminyaki licin.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now