ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
.•••♦◄♥►♦•••
• • Hmm, lama aku tak update chapter terbaru, kan? Ade ke yang rindu? Kalau ade angkat tangan. Kalau tak rindu, angkat je kaki korang.. hee. Sorry, kalau chapter ni tak memuaskan hati korang. Maklum arr, mungkin dah lama tak mengarang, idea & gaya bahasa aku pun dah makin berkarat. Ape pun, layan je, kay?
.•••♦◄♥►♦•••
"Pergh.. ape nak jadi kat bebudak kampung ni, ekk? Sorang-sorang kena culik tanpa khabar berita. Yang hilang tu kekawan kita plak. Makin buat aku risau je," luah Palis tatkala mereka berdua belas bersantai di bilik Aidan.
Encik Faizul, Puan Neesa dan Pak Firman tiada di banglo. Sebentar tadi, selepas makan malam, mereka keluar menemani Makcik Berlian juga Pak Rahmat ke rumah Penghulu Maliki.
Kemudian, mereka akan ke balai polis Sungai Ramping, membuat laporan kehilangan Ikhwan.
"Kalau arr dia join kita tido kat banglo malam ni, sure dia tak hilang kena culik hantu, kan?" sampuk Daus.
"Ape boleh buat? Semuanya dah takdir. Lagi pun, kan Ikhwan cakap tak ade orang nak uruskan reban ayam dia tu? Cumanya aku terkilan sebab tak dapat bantu dia je," balas Aidan.
"Ye arr, kita dah pun bagi peringatan dan pesanan kat dia petang tadi. Mungkin dia terlupa atau terlalai, kot?" ujar Fikri.
"Korang jangan lupa, makhluk halus ni memang selalu je cari peluang untuk sakat kita ngan ape cara sekalipun. Sedikit je kita terleka, ngap dia terus sambar dan rasuk kita," ingat Ehsan.
Dia yang dah pernah beberapa kali disakat dan digoda makhluk halus memang sentiasa beringat dan insaf diri.
"Hmm, walau cam mana pun, aku harap Wirman, Ikhwan dan Wira selamat sekarang ni. Cuma masa je yang akan dapat menentukan nasib dia orang. Di samping kita berusaha untuk cari kekawan kita tu, jangan lupa berdoa sama. Itu je yang boleh kita buat untuk lawan benda halus ni," pesan Aidan.
Kekawannya mengangguk, bersetuju.
"So, ape plan kita sekarang? Maksud aku, esok siang le, sekarang dah malam, gelap pun.. he he," tanya Lokman Harith sambil memeluk adiknya.
"Aku cadangkan kita ke balai raya. Tengok ape yang tok penghulu nak cakap. Kalau ade search and rescue party, kita join sama.
"Aku pun teringin gak nak rasa pengalaman cari orang hilang disorok hantu ni. Hari tu kes toyol, aku belum lagi kenal korang," getus Spencer, meluahkan hasrat.
"Pergh.. memang bernas dan logik sungguh idea budak mat salih ni, ekk? Aku pun nak gak ikut sama cari Ikhwan dan Wirman tu. Tapi tak nak arr berparti plak," sampuk Aiman Harith.
Kekawannya tergelak besar dek kata-kata spontan budak darjah enam itu.
"Adik pun cuka, adik cuka, adik nak pati cama.. hi hi hi," Ilham turut menyampuk.
Makin bergema ketawa para remaja tersebut hingga mengejutkan ayam serama di reban sana.
"Okey, kita akan ke balai raya esok pagi. Harap akan ade ape-ape maklumat berkenaan kehilangan kekawan kita tu," akhirnya Aidan bersuara.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...