ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Ape ke jadah plak mini update ni? Hmm.. bila aku rajin, mood lak okey & idea mencurah, aku akan mengarang. Then, terus aku publish, tak nak tunggu lama-lama & tak perlu sampai words mencecah empat lima ribu. Mungkin sekadar seribu lebih je kot. Pendek, tapi para pembace akan dapat gak layan ngan cepat. Okey tak idea ni?
• • Benda ni aku dah buat kat novel Kucing Lorong dua chapter lepas. Nampaknya berkesan sebab lebih pendek & memudahkan aku nak edit atau check typo ke ape ke. Lagi pun, benda panjang-panjang ni buat mata hati jadi semak & serabut je, kan? Yang pendek & kemas tu menyejukkan pandangan. So layan je BB 123 ni dengan hati yang ceria & berbunga.. hee
•••♦◄♥►♦•••
"Terpulanglah pada kau wahai Kudus, si kuli orang putih laknat. Jangan nanti kau kata aku tak bagi amaran dan peluang. Kau sendiri yang cari bala dan nahas. Tunggu bahagianmu, akan aku semadikan kau di gua ini.. hi hi hi."
Sehabis berkata-kata, jembalang gua tersebut sirna tubuhnya bersama kepulan asap kelabu yang menyesakkan nafas.
Tetiba, dari celahan batuan dinding gua, muncul tiga ekor mawas berbulu hitam pekat. Menyeringai menampakkan taring tajam berkilat.
Pak Kudus mundur dua tiga langkah, guna nak memperkuatkan kuda-kuda, juga meneliti dan menilai kemampuan musuh durjana.
"Mari, majulah beruk mak yeh. Akan aku tamatkan nyawa kalian dengan keris ini, majulah, kalau berani.. he he," tempiknya.
Seekor daripada binatang ganas itu melompat hingga hampir kira-kira sedepa di hadapan Pak Kudus. Lantas lelaki itu menghunus keris lok tujuhnya dan mengibas kiri kanan hingga berdesir bunyinya.
Mawas yang nampaknya paling besar berbanding yang lain itu menderam bak harimau namun dalam desibel lebih kuat, guna nak menakutkan Pak Kudus agar dia jadi lemah sebelum bertarung.
Dua ekor lagi berada pada jarak hampir lima depa daripada mawas yang di hadapan itu.
Menggerunkan bila Pak Kudus melihat ke dalam mata makhluk berbulu tersebut. Seakan ada satu kuasa yang cuba nak melumpuhkan dirinya.
Pantas dia mengalihkan pandangan agar tak terus melihat sepasang mata jingga itu.
Hmm.. ada aura yang boleh melemahkan aku andai mata beruk ini aku tenung dalam-dalam. Makhluk apakah ini? Setan atau sememangnya beruk sumpahan?
Dalam mempersiapkan diri, dia bergumam dalam hati, cuba mengukuhkan minda juga menilai kekuatan musuh.
Mawas besar di hadapannya menggawang-gawangkan kedua tangan besarnya untuk menakutkan Pak Kudus.
Sekali pandang, nampak seperti lelaki itu tak setanding dengan makhluk berbulu tersebut.
Pak Kudus lalu membalas dengan mengacah-acah keris di tangan seakan nak menikam dan menusuk si mawas.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...