♦♦ trivia/ˈtrɪvɪə/noun - plural noun: trivia : details, considerations, or pieces of information of little importance or value.
♦♦ trivia : pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu - kamus DBP
•••♦◄♥►♦•••
• • Ya, aku tau. Budak Bukit ni masih belum tamat tapi jari-jemari aku dah gatal nak menaip pasal trivia citer ni.. hee. So layan je info-info di belakang tabir novel bersiri Budak Bukit. Dah sedia? Okey, kita mulakan sekarang.
TAHU KE KORANG? (Hmm, memang tak tau pun.. hee)
• 1 • Tajuk asal citer ni 'Ehsan', bukan berunsur seram pun. Cuma kisah biasa je tentang persahabatan sorang budak bukit & budak bandar yang baru berpindah ke kampung di pinggir hutan tu. Aku mula karang sekitar tahun 2013..🤪
• 2 • Segala idea untuk BB, KL, Empati & lelain novel aku dapat time nak tido. Sebelum mata nak lelap, aku fikir macam-macam aksi, konflik & plot untuk semua citer aku. Then, esok pagi, kalau sempat aku catit semua idea tu kat mana-mana.. hee. 😴
• 3 • Kebanyakan idea yang aku masukkan dalam BB ni, tak dirancang pun kesan atau sebab & akibat. Hmm, faham ke tak ni? Okey, contohnya cam ni:
Aku just buat je yang sapu tangan biru pemberian Tok Juhar kat Aiman Harith tu mungkin ade magik atau ape-ape lah. Tapi aku sendiri pun belum fikir lagi jenis magik atau keistimewaannya tu.
• Contoh lain: Puan Nur Manis muncul secara misteri. Then, aku terus bayangkan dia tu mak Ehsan je tanpa rancang atau fikir dulu kenapa dia datang cari anak dia. Lepas tu baru aku dapat idea nak kaitkan dia dengan kejadian misteri di kampung tu. 🙄
• 4 • Memula tu, aku cadang nak buat BB ni hingga chapter 40 ke 50 je. Tup-tup terbabas sampai beratus. Semuanya disebabkan banyak idea yang menerpa di minda & mood pun okey. Kemunculan watak-watak baru makin menambahkan lagi idea & senang untuk aku kembangkan jalan citer ni..😋
• 5 • Sehingga citer ini tamat, iaitu di chapter terakhir 181, ade 676,290 words (perkataan) atau 3,523 minit masa bacaan iaitu 58.72 jam, menyamai dua hari lebih kalau ade pembace yang nak bace marathon tanpa henti.. hmm. Rasa-rasa, mata akan jadi rabun & mungkin masuk ICU kot lepas habis bace.. hee. Mungkin bila citer BB ni tamat nanti akan jadi novel terpanjang & paling banyak perkataan kat Wattpad ni (sejuta perkataan). Tak mustahil, kan? Pergh.. jadi jutawan arr aku.. hee.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...