"Tak ade ape-ape arr, kemalangan sikit je. Aku letih dan mamun, so tayar fixie aku tergelincir kat tebing sungai tu. Luka-luka dan lebam je, dah baik pun," Aidan berbohong.
Mujur baik Maswira mahu percaya dan tak bertanya lebih lanjut. Malas dia nak ceritakan kepada budak kepoh ini.
"Memang jalan berbukit kat situ bahaya sikit kalau kita lalai atau terlebih confident. Aku dah mangli ngan jalan tu. Nanti kau pun akan jadi biasa gak.
"Nape kau tak pernah pun nak call atau contact aku, ekk?" tanya Maswira sambil melabuhkan punggung pejalnya di sebelah Aidan.
"Cam mana nak contact? Kau bukannya ade handphone, takkan aku nak call sekolah kau plak? Lagipun, sekarang ni aku sibuk sikit dan tak ade masa."
Sebenarnya, sejak mengenali Ehsan, Aidan dah kian melupakan anak tukang kebun dan tukang masaknya ini.
Sehinggalah Makcik Hartinah mengingatkan yang Maswira akan balik lebih kurang dua minggu lagi sewaktu dia dan kekawannya bersantai di swimming pool tempoh hari.
Aidan rasa tak selesa dengan kehadiran Maswira dalam waktu yang secepat ini dan tak terjangkakannya.
Maswira akan merosakkan segala perancangannya dengan Ehsan yang selama ini berjalan tanpa sebarang halangan.
Kini, kehidupannya tak akan menjadi seceria dulu. Dah tentu setiap pergerakannya selepas ini akan sentiasa dibayangi Maswira.
Semakin sukar baginya untuk menghabiskan masa dengan Ehsan andai Maswira balik dan tinggal pula serumah dengannya. Sementelah Maswira tak rapat dengan Ehsan.
Ini betul-betul membuatkan Aidan kecewa namun di depan Maswira dia harus pandai menyembunyikan perasaannya itu.
"Nape kau ni cam tak suka je aku balik ke sini?"
"Mana ade? Aku biasa je cuma rasa terkejut sikit jumpa kau ni."
"Kalau cam tu sure banyak yang nak kita borakkan nanti, ekk?"
"Nape mak kau tak cakap pun yang kau nak balik awal? Hari tu dia bagitau kau nak balik dua minggu lagi."
"Aku sesaja suruh mak aku rahsiakan dari kau. Aku nak buat surprise. Kan kau dah terkejut ni.. he he. Tadi mak aku suruh aku panggil kau turun makan. Dia dah siap mi kari untuk kita kat bawah, jom," ajak Maswira.
"Tak ape, kau makan dulu. Aku nak relaks kejap sebab penat arr lepas balik sekolah tadi."
Sebenarnya dia sedang menanti jam dua setengah akan kehadiran Ehsan untuk sama-sama makan tengah hari di swimming pool .
"Okey, kalau cam tu aku pun tak nak makan gak. Aku nak tunggu ngan kau kat sini sambil tu dapat gak kita borak-borak," gertak Maswira.
"Aku nak mandi arr, dah lewat ni."
Aidan lalu terus masuk ke bilik air meninggalkan Maswira termangu-mangu.
Sebentar lagi Ehsan akan muncul dan dia tak tahu apa yang akan Maswira kata andai melihat budak bukit itu makan tengah hari dan bersantai di banglo ini.
Fikirannya jadi tak menentu memikirkan semua itu. Dan bagi Ehsan pula, tentu dia tak selesa bila melihat yang Maswira dah balik lebih awal dari yang sepatutnya.
Dia dan Maswira memang tak rapat dan saling tak bertegur sapa sejak sekian lama. Dapatkah Aidan menghadapi situasi itu nanti dan mampukah dia menangani kedua-dua kawannya itu?
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...