ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan.Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
" ♫ Aku bukannya selemah yang kau sangka, aku tak rela diseksa, beranikah lagi bersemuka, rasakan kuasa tamparan wanita ♫ ♪ "
Tersenyum-senyum Pak Khamis sesambil menyanyi riang lagu nostalgik itu. Terimbau kenangan hampir dua puluh tahun lalu tatkala dirinya masih jahil lagi semberono* jiwanya.
Waktu itu, dia tak terfikirkan hal dosa maksiat. Apa yang dipentingkan, hanya wang ringgit buat meneruskan kelangsungan hidup di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang serba mencabar itu.
Teringat dia akan peristiwa pada suatu malam. Seorang pelanggannya cuba mengecoh* enggan membayar setelah service diberi.
"Gue ngak mau bayarin. Service nya ngak ampuh," kata pelanggan tersebut, bernada protes.
Pelanggan yang merupakan seorang buruh binaan warga asing itu melarikan diri namun dia dan dua orang teman seperjuangan yang juga sama spesies dengannya memerah kudrat mengejar pengecoh itu hingga dapat.
Lelaki itu dirembat dengan tali handbag tiruan kepunyaan temannya hingga berbirat-birat tubuh. Pak Khamis juga menghentakkan stiletto* kuningnya pada dada berbulu lelaki malang itu.
Tak cukup dengan itu, mereka bertiga silih-berganti mencubit, menggigit dan menerajang warga Indonesia itu sampaikan dia merayu minta nyawa, lembik terkulai.
Akhirnya sebelum mereka beredar dari tebingan Sungai Gombak itu, Pak Khamis sempat menampar pipi lelaki itu dua tiga das seraya berpesan.
"Ini Thursday, tau? Jangan nak main-main dengan aku. Rasakan kuasa tamparan wanita," katanya tegas namun lemah-lembut dengan mengikut irama lagu yang popular itu.
Kini semua itu tinggal kenangan. Dia insaf dan bertaubat setelah kematian dua teman baiknya itu dek penangan HIV kira-kira enam belas tahun lalu.
Dia langsung membuang imej lelaki lembut yang amat sinonim dengan dirinya, biarpun bukan seratus peratus.
Dia juga bersyukur kerana hajat ingin mengoperasi jantina di Thailand telah terbantut dek tak cukup belanja. Kalau tidak, mahu dia menyesal seumur hidup.
Pak Khamis mengambil keputusan pulang ke kampung lalu mengusahakan tanah terbiar milik arwah bapanya.
Dia lantas bertemu jodoh dengan seorang wanita Boyan serta dikurniakan tiga orang anak lelaki normal, yang langsung tak dipengaruhi oleh gen lembutnya itu.
Kini, dia boleh dikatakan petani jaya dengan hasil kebun buah-buahannya.
Dan di pagi hari Ahad yang permai ini, sebagaimana rutin biasa, dia akan merumput juga membaja anak-anak durian serta langsat.
Dengan bert-shirt warna pink corak bunga ros bling bling dia membongkok menegak mencangkul tanah. Topi koboinya menyenget* namun masih kejap di kepalanya.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...