Chapter 54 - Kejutan Dari Hutan

1.9K 95 17
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

 HALT! •• Atas permintaan pembaca, aku panjangkan  Chapter nie hingga lebih 4,900  words. Bersamaan 24 minit masa membaca korang. Pergh.. harap korang berpuas hati. Layan je.. 

•••♦◄♥►♦•••

Bila dia dah kembali waras, cepat-cepat Aidan turun melalui spiral staircase  dan berhasrat untuk mengejar pedati tersebut.

Aneh, tiada apa-apa di situ. Sunyi dan gelap namun bunyi derapan kaki kuda dan roda pedati masih kedengaran namun sayup-sayup saja. 

Aidan berlari berkaki ayam ke arah pondok guard.

"Eh, kenapa Edan ni? Dah malam-malam pun dok jogging  lagi ke? Esok kan nak sekolah, kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Pak Guard kebingungan sambil memegang cota* di tangan kirinya.

"Saya kejar kereta kuda yang lalu kat sini tadi. Pakcik tak nampak tak?" tanya Aidan termengah-mengah. 

Matanya meliar memerhati di luar pagar sana.

"Kereta kuda? Mana ade benda tu kat kampung ni. Kereta lembu pun payah nak jumpak. Edan ni mamun kot? Atau sleepwalking  tak? Hu hu. 

"Cer tengok, pintu pagar pun pakcik dah kunci dengan mangga besar. Takkan ade yang boleh masuk atau keluar pulak, kan?" balas pakcik guard.

Lelaki Melayu berkulit gelap itu tersengih.  

"Entah arr, pakcik. Mungkin gak saya berkhayal atau bermimpi. Sejak kebelakangan ni, saya ngan kekawan saya selalu je alami kejadian pelik tak masuk akal." 

Dia lalu dia duduk di bangku batu di sebelah pintu pagar.

"Hmm, pakcik ade jugak dengar pasal benda pelik yang selalu sakat dan ganggu kawan pakcik yang bertugas di pondok ni. Tentang kereta kuda tu pun ade pakcik dengar. Memang kawasan banglo dan hutan kat sana keras. Tapi tak pulak ade orang yang mati kena gangguan tu. Sabar je lah Edan," ujar lelaki itu.

"Dah jumpak Bomoh Jiman ke pasal masalah Edan ni? Tapi jangan plak bagitau kat Bomoh Mahat yang dok kat Kampung Serindit Tulang. Dia tu tak boleh pakai, auta dan guna ilmu salah. Ee, mintak simpang le, jangan sesekali berurusan dengan dia," sambung pakcik guard.

"Nape ngan Bomoh Mahat tu?" tanya Aidan. 

Dia sengaja hendak menduga akan perkara yang dah diketahuinya. Mungkin cerita dari perspektif orang lain akan memberikan maklumat tambahan.

Pakcik guard  melihat ke kiri kanan seolah takut apa yang akan diberitahunya ini dapat didengari oleh orang lain, biarpun di situ tiada manusia selain mereka berdua.

"Dia tu ade membela. Ade orang cakap dia bela hantu, toyol, hantu raya dan macam-macam lagi makhluk halus. Tapi pakcik belum pernah lagi kena sakat atau nampak belaan dia tu. Cuma khabar angin dari mulut orang-orang kampung sana je," jelas lelaki itu. Wajahnya serius dan sedikit cuak sambil memerhati sekeliling.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now