ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Ala tok, bagitau arr. Jangan buat kami saspens," Ehsan pula merayu namun Bomoh Jiman hanya tersenyum penuh muslihat.
"Pakcik, pakcik tau ke siapa yang dimaksudkan tok bomoh ni?" tanya Palis kepada Pak Kamil sambil menarik-narik bucu kemeja orang tua itu.
"Entah le, ini baru kali pertama pakcik dengar pasal jin sunat budak kat kampung ni. Maaf le, yea?" jawab Pak Kamil dengan wajah berkerut.
"Pergh.. nape korang ni bengap sangat? Benda senang cam ni pun tak dapat nak selesaikan. Guna otak korang, jangan dok mintak tolong atau bantuan orang lain je.
"Korang kena sepakat dan berbincang tapi jangan lak cuba nak berbohong. Korang kena jujur sesama sendiri baru arr dapat jawapannya."
Aidan mengutarakan pendapatnya tatkala kekawannya yang lain sibuk merayu meminta jawapan daripada si bomoh.
"Hmm.. nampaknya ade jugak yang gunakan otak antara korang ni. Betul macam yang.. siapa nama cucu ni?" tanya Bomoh Jiman.
"Edan, dia le anak Tuan Pengurus Ladang ni," jawab Pak Kamil bagi pihak Aidan.
"Oo.. budak bandar rupanya, patut le ade isi," balas bomoh itu sambil tersenyum.
"Terima kasih tok, saya cuma cakap ape yang saya rasa betul je. Lagi pun kes ni memang mudah dan tak perlu fikir teruk-teruk," sampuk Aidan seraya mengangkatkan kedua bahunya, tegak dan megah.
"Kalau kau pandai sangat, cam mana nak tau di antara kami ni, siapa yang dimaksudkan tok bomoh tu?" tanya Sumi.
"Senang je, kacang bha itu," jawab Aidan bak budak Sabah.
"Pergh.. cam ahli nujum la plak kau ni," sampuk Brice.
"Siapa antara korang yang ingat time dia sunat dulu?" tanya Aidan selamba.
Ehsan, Palis dan Sumi mengangkat tangan.
"Aku tak ingat arr, so budak ajaib tu aku ke?" tanya Daus teruja penuh innocent.
Sedari tadi dia mendiamkan diri dan banyak berfikir akan status dirinya.
Teringat dia tatkala kecil dulu sering membandingkan alat sulitnya dengan bebudak lain. Waktu itu dia rasa ganjil kerana asetnya tak sama seperti yang dilihat pada kekawannya itu.
"Belum lagi, kan Wira pun termasuk gak dalam senarai tu?" jawab Aidan.
"Tapi aku ngan Wira sama-sama sunat time darjah empat dulu," balas Sumi pantas.
"Hmm.. kalau cam tu, nampaknya Daus arr yang tok bomoh maksudkan," kata Aidan serius.
Semua mata kini tertumpu kepada budak form three itu membuatkan dia gelisah tak senang duduk. Bomoh Jiman tersenyum mendengar jawapan bernas Aidan.
"Kalau nak betul-betul pasti tengok je bukti kat Daus ni. Tentu ade kelainan dan berbeza daripada ape yang ade kat korang kan?"
Pak Kamil menyampuk sambil tersengih galak setelah mengutarakan cadangan yang berbaur lucah itu.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...