Chapter 167 - Antara Merancang Satu Pembunuhan & Merancang Satu Pengumpanan

1.1K 50 9
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Hmm, pendek & padat je, cam biasa. Buku BB ni pun dah makin menuju ke penghujungnya. Tinggal satu chapter  je lagi sebelum berpindah ke BBB. Nanti kita jumpak kat sana, ekk? 😘

•••♦◄♥►♦•••

Senayan memperkenalkan Ehsan kepada bapanya tatkala lelaki itu pulang dari kerja pada lewat petang.

Tergamam Ujang Bohol melihat akan anak muda tersebut kerana selama ini Senayan tak pernah mengkhabarkan perihal sahabat penanya itu.

Dia turut hairan melihat akan betapa Juhar amat akrab dengan Ehsan. Anak bongsunya itu juga sudah nampak berbeza berbanding sebelum ini.

Juhar begitu becok* tatkala mereka sekeluarga menikmati makan malam. Juga, kedapatan beberapa benda pelik lagi asing bersama mereka saat menjamu selera itu.

Senayan mempelawa bapanya meneguk air bergas yang dicampur ketulan air batu mendinginkan.

"Eh, air apa ini. Apa jenisnya? Adakah ia halal? Atau, bapak akan mabuk khayal sebentar lagi?" soal Ujang Bohol, curiga.

Dia mengusap perutnya yang kekenyangan.

"Ini air halal, pakcik. Tiada dicampur apa-apa bahan yang memabukkan. Ianya enak dan selepas ini pakcik akan berasa berangin tatkala sendawa," jawab Ehsan dengan bahasa lama seperti yang disarankan Senayan.

"Aduh, enak benar air hijau ini. Manis dan masam pada satu masa. Ditambah air batu, makin nikmat rasanya," puji orang tua itu.

Dia meneguk hingga dua kole besar. Bersendawa lalu tersengih lucu.

Namun, Mak Melah dan Salmeah langsung tak menyentuh air yang mereka yakin sudah dijampi serapah oleh pemuda asing itu.

Selepas makan, para lelakinya duduk di pelantar depan rumah sambil menyedut rokok daun. Ehsan juga terpaksa belajar menghisap rokok tersebut.

Mujur dia dan kekawannya pernah menghisapnya tatkala di rumah Tok Jenang tempoh hari. 

Beberapa bungkus kerepek kentang serta coklat turut dijamu kepada Ujang Bohol yang tak menolaknya.

"Jadi, Ehsan. Coba ceritakan tentang diri anak. Dari mana asalnya dan mengapa sampai ke daerah ini?" Ujang Bohol membuka bicara seraya menghembuskan asap berkepul naik lalu hilang dalam udara malam.

Ehsan pun menceritakan tentang dirinya. Namun semua itu hanya rekaan, guna menyedapkan hati lelaki itu saja.

Sebentar tadi, dia, Senayan berserta Juhar duduk berbincang akan cerita apa yang mahu diperikan* andai ditanyai Ujang Bohol.

"Semua barangan yang saya bawa ini adalah dari kawan bapa saya di Teluk Anson sana. Dia kenal ramai saudagar serta orang-orang kaya yang sering berurusan dengan company  orang putih."

Ehsan, kononnya anak seorang peniaga barangan keperluan harian di bandar tersebut. Tinggalnya di sebuah rumah besar di tengah pekan. Namun, dia tak menyedari yang dirinya hanya berpakaian biasa dan lekeh* pula.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now