ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Hmm.. kita tengok cam mana nanti. Kalau kau nak sangat ikut, aku rasa okey je," jawab Aidan.
"Kalau cam tu, aku pun nak ikut gak, boleh ke?" tanya Lokman Harith dengan muka tak malu.
"Boleh je Lokman, tapi aku harap kau jangan arr layan adik kau ni kasar sangat. Kau selalu je pukul dan sekeh dia, sabar arr sikit, jangan emo tak tentu hala.
"Kesian Aiman. Kau tak pernah ke nak hargai dia? Dia selalu ambik berat pasal kau. Dia sanggup teman dan jaga kau time kau tersampuk hari tu. Kalau kau tak mau dia, aku sanggup ambik dia jadi adik aku," tegur Aidan.
"Yes, aku mau sangat tu. Lebih baik jadi adik yang dihargai abangnya, daripada selalu kena marah dan kena luku je," pantas Aiman Harith menyampuk seraya memeluk Aidan.
Kekawan yang lain bersetuju dengan Aidan dan menyokong Aiman Harith. Ini membuatkan Lokman termangu dan mula sedar akan kesilapannya selama ini.
"Sorry arr adik, aku mintak maaf. Memang betul ape yang Edan cakapkan tu," ujarnya sayu.
Dia lalu memeluk erat adiknya.
"Nape awak renung saya sampai terbeliak tak berkelip-kelip mata?" tanya Spencer kepada Ehsan.
Budak bukit itu termalu sendiri dek sapaan mengejutkan itu.
"Tak ade arr. Selama ni Edan selalu citer pasal awak kat kami. Tapi kami selalu nasihatkan dia untuk lupakan awak. Kami cakap, awak ni cuma khayalan dan mimpi dia je.
"Sekarang ni awak betul-betul wujud dan ade depan kami. Hensem dan cute sesangat sampaikan saya plak rasa yang saya tengah dok bermimpi.
"Cam tak caya je yang budak mat salih mata hijau tu memang nyata dan real," jawab Ehsan tersengih.
Memang selama ini dialah yang selalu menidakkan segala cerita Aidan tentang Spencer. Kini dia sedikit terkilan dek sikapnya yang tak meyakini adiknya itu.
Kekawan yang lain sama-sama bersetuju dan menganggap tiada yang mustahil memandangkan kebelakangan ini pelbagai kejadian pelik mereka dah tempuhi.
"Ye arr, saya pun rasa cam tu gak. Sebelum jumpak korang ni, saya ingat saya dah nak jadi giler dan akan di hantar ke hospital sakit jiwa.. he he," balas Spencer tersengih.
"Spence, awak ni lebih besar dan tough daripada ape yang saya sangkakan. Bila Edan citer pasal awak, saya bayangkan awak ni kecik dan pucat tak maskulin cam ni.
"Bila dah di depan mata, baru arr jelas keterampilan awak yang serba perfect ni," sampuk Palis memuji sambil menelan air liur dek ketampanan budak mat salih itu.
"Pergh.. jangan arr puji sangat. saya ni banyak kekurangannya. Nanti bila kita dah berkawan, baru korang tau karenah negatif saya tu," balas Spencer humble.
Mereka rancak berbual bermacam perkara. Tentang kehidupan baru Spencer di sini, juga perihal tempat asalnya di Westonia, Australia Barat.
"Kami usahakan ladang lembu dan berbiri. Memang best dapat naik kuda kat ladang dan guna lasso* untuk tangkap anak-anak lembu.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...