ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Wow.. pejam celik, pejam celik dah masuk chapter ke 100 pun Budak Bukit ni. Ade yang dah boring atau malas nak layan ke? Don't worry, dah nak tamat pun citer ni. Harap bersabar, kay?
•••♦◄♥►♦•••
"Edan, sorry arr sebab aku dah kantoikan kau. Kerana aku gak, Lokman sampai nak bertumbuk ngan Sumi.
"Mujur dia orang tak terus bergaduh, kalau tidak, tentu geng kita akan berpecah dan bermusuh," ujar Aiman Harith.
Dia lantas memeluk erat Aidan diringi sebak.
"Wey.. kau tak salah arr. Semuanya sebab aku cuai dan lalai, tak simpan kondom tu kat tempat selamat. Tapi semua dah okey, kan?
"Kau jangan bimbang, kita tak akan berpecah. Kita akan berkawan selama-lamanya. Hantu toyol pun tak dapat pisahkan kita. Dah arr, jangan nangis.
"Nanti dia orang tengok kau peluk aku ni sure jadi gosip dan bahan kutukan plak. Kau budak lelaki, jangan tunjuk sangat jiwa sentimental * kau," pujuk dan nasihat Aidan.
"Kalau kau jadi abang aku kan best. Hari-hari kita akan berjumpak. Makan, main, tido dan sama-sama buat keje sekolah kat bilik kita. Aku plak, tak akan kena luku dan buli dah," balas Aiman Harith.
Dia melepaskan pelukan dan mengosok-gosok matanya yang digenangi air.
"Tapi abang kau kan dah berubah? Sure lepas ni dia akan layan kau ngan baik. Tengok je tadi. Dia bawak baju dan nasik lemak untuk kau. Itu tanda dia dah okey.
"Kalau dia ulang semula perangai jahat dia, kita pakai gelang elf tu dan ajar sampai dia betul-betul insaf," pujuk Aidan lagi.
"Hmm.. betul tu. Tapi dia berubah bukan sebab sayang kat aku. Dia cuma takut kena sakat hantu dua beradik tu je. Dia tak ikhlas pun, betul tak?" balas budak darjah enam itu.
Aidan terkedu dek jawapan tak terjangka daripada Aiman Harith.
Betapa budak ini berfikiran matang menjangkaui usianya walaupun kekadang perangainya masih bertaraf budak sekolah rendah.
"Betul gak ape yang kau cakapkan tu. Tapi Aiman, dalam dunia ni, kita tak akan selalu dapat ape yang kita nak. Dan ape yang kita dapat tu, tak semestinya ape yang kita nakkan.
"Kau mungkin nak aku jadi abang kau menggantikan Lokman, tapi seandainya kita ni adik-beradik, kau boleh jamin ke yang aku akan rapat dan sayang kau?
"Lumrah adik-beradik, tak akan mesra dan rapat cam kita yang tak ade pertalian sedara ni. Kau tengok je kekawan sekeliling kau dan tanya dia orang.
"Adakah abang dia orang rapat dan mesra ngan adik dia? So, aku harap kau bersabar je ngan karenah Lokman tu, ekk? Lambat-laun dia akan sedar gak," panjang lebar Aidan menasihat.
Termangu Aiman Harith mendengarnya. Tak sangka yang Aidan mampu berbicara sedemikian. Terserlah bakat pemimpin dalam diri budak bandar ini.. fikirnya.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...