"Edan risau arr pasal Juzi ngan geng dia tu. Edan takut dia orang akan buat sesuatu kat kita. Nampak cam dia marah sesangat kat kita berdua. Abang tak takut ke?" Aidan menyuarakan kerisauannya.
"Ape plak nak takut? Walaupun dia orang bertiga, abang sikit pun tak hairan. Lagipun, Edan kan ade? Kita boleh sama-sama layan dia orang bertiga, no problem," balas Ehsan penuh yakin.
"Pergh.. beraninya abang."
"Mesti arr, abang kan pernah lawan ngan anak rimau dulu? He he."
"Abang rasa, anak harimau yang cakar abang tu dah sebesar mana sekarang ni, ekk? Sure dah tua dan beranak-pinak, kan?" tanya Aidan.
"Hmm, soalan yang baik. Mungkin umur rimau tu dah lima belas tahun lebih. Abang pun berharap akan dapat gak jumpak rimau tu satu hari nanti."
"Wey, abang, jom kita sambung jogging. Cepat arr pakai baju balik, jangan nak bermalas-malasan plak. Kalau dok berbaring cam ni, bila nak menambah stamina? Sure time merentas desa nanti, abang akan ketinggalan di belakang Sumi.. he he."
Aidan berseloroh memberikan arahan sambil menarik tangan Ehsan agar bangun.
Sudah hampir dua puluh minit mereka berehat di bawah pokok. Embun di dedaun rerumput pun banyak yang dah kering dek pancaran sang suria pagi.
"Hmm, abang rasa malas plak nak sambung jogging ni. Dah rehat lama sangat. Punggung pun rasa berat je."
"Kalau cam tu jom kita balik ke banglo Edan. Lain kali je kita sambung, okey?"
"Pergh.. nampaknya kita ni hangat-hangat tahi ayam* je. Dah nak balik ke banglo, so ape kata kita berendam kat kolam?" Ehsan mencadangkan.
"Jom, lepas tu kita lepak kat bilik Edan plak."
•••♦◄♥►♦•••
"Tak ade pun berita tu," getus Aidan tatkala dia dan Ehsan melayari arkib berita di akhbar Utusan Malaysia.
Kini mereka sedang menghabiskan masa dengan melepak di bilik Aidan selepas puas berendam dan berenang di swimming pool sebentar tadi.
"Tak ape, lepas ni kita cari plak di paper lain. Kalau Edan dah rasa malas, kita sambung lain kali je," tutur Ehsan.
"Hmm, kalau tak jumpak gak, kita cari di arkib Berita Harian atau paper Bahasa Inggeris plak. Biar lama masa yang kita ambik, asalkan kita akan tau gak citer sebenarnya pasal kejadian tu. Edan tak akan jemu tolong abang cari sampai kita sama-sama puas hati, okey?" janji Aidan penuh ikhlas.
"Thanks Edan, abang tak tau cam mana nak balas budi Edan. Selama ni, dah banyak yang Edan tolong abang."
Mereka lalu menghentikan usaha mencari maklumat di internet. Masing-masing dah penat dan mata pun mula rasa mengantuk.
Kebetulan Puan Neesa keluar dengan Makcik Hartinah ke pekan membeli-belah barangan dapur. Encik Faizul pula sibuk di pejabat.
Dek keletihan kedua-dua mereka langsung tertidur di katil.
Tetiba, nun di penjuru bilik, kelihatan sesusuk tubuh budak lelaki berdiri merenung tajam dua remaja yang kini sedang nyenyak tidur.
Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap tak dapat menyinari tubuh budak misteri itu. Dia berselindung di bawah bebayang gelap di sudut bilik.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...