"Edan, saya nak tido kat sini malam ni, boleh tak?"
"Okey, no problem tapi awak dah bagitau kat parents awak ke?"
"Saya dah cakap awal-awal nak tido kat rumah kawan, dia orang tak kisah."
"Dah lewat ni, esok sure awak pun kena bangun awal nak ke sekolah gak, kan?"
"Hmm, tapi saya tak kisah kalau awak nak berborak dulu sebelum kita tido."
"Tak ade ape yang nak saya borakkan ngan awak, tak ade idea pun."
Aidan mula menarik selimut.
"Awak nak tak kalau saya buat sesuatu kat Juzi dan geng dia tu? Saya rasa dia orang tak akan serik lepas ni. Mungkin bila dah sembuh nanti, dia orang akan ganggu awak lagi," Spencer menawarkan khidmatnya.
"Tak payah arr awak nak balas perbuatan dia orang tu bagi pihak saya. Saya rasa, sekarang ni dia orang dah serik dan tak akan kacau saya dan Esan lagi, thanks anyway,"
"Awak ni memang baik arr, Edan. Sebab tu saya suka sangat berkawan ngan awak. Awak tak ade perasaan dendam dan marah walaupun Juzi dan kekawan dia tu dah teruk dera dan aniaya awak,"
"Buat ape saya nak mintak awak balas dendam bagi pihak saya? Ape yang dah jadi kat dia orang sekarang ni pun dah kira cukup untuk bagi kesedaran. Awak gak yang cakap yang awak dah ajar dia orang, kan? Tadi, kekawan saya bagitau yang Juzi, Fikri dan Wirman tak datang sekolah sebab demam dan teruk meracau. Saya rasa cukup arr balasan yang dah dia orang terima."
Penjelasan Aidan membuatkan budak mat salih itu terdiam.
"Spence, nape awak tak nak jumpak ngan kekawan saya? Awak cakap, awak kenal dia orang semua. Ape kata, esok, awak datang ke sini time balik sekolah? Esan pun akan ade sama, boleh korang berkenalan. Cam mana?" tanya Aidan.
"Tak ape arr, banyak masa lagi untuk saya kenal ngan dia orang semua. Lagipun, esok saya ade hal kat sekolah, so kena balik lewat," Spencer memberikan alasan.
"Saya tau awak sesaja bagi alasan cam tu sebab tak nak jumpa ngan dia orang, kan? Kalau cam ni sikap awak, saya rasa tak guna kita berkawan. Awak cam tak suka je kat kekawan saya tu," balas Aidan.
"Bukan cam tu, saya cuma belum bersedia lagi untuk jumpak dia orang semua. Tunggu arr satu hari nanti bila saya rasa dah sedia, saya akan tunaikan permintaan awak ni, okey? Awak tak marah, kan?" jawab Spencer, cuba mengambil hati.
Aidan tertanya-tanya, kenapa Spencer selalu saja nak mengelak daripada bertemu kekawannya? Ia makin menambahkan lagi misteri yang menyelubunginya.
Namun dia tak nak mendesak sangat budak mat salih ini.
"Saya hairan arr dari mana awak tau semua perkara pasal kami? Awak tak pernah pun jumpak ngan dia orang semua. Awak ade spy ke yang dok skodeng dan intip pergerakan saya dan kekawan saya tu?" tanya Aidan.
"Sebenarnya, ape je pasal awak dan bebudak kampung ni saya tau dari sepupu saya. Nama dia Marcus, umur dia dua belas tahun. Dia dok kat banglo di Ladang Guthrie sana," jelas Spencer untuk memuaskan hati Aidan.
"Sepupu awak? Sure dia pun mat salih cam awak gak, kan? Tapi cam mana plak dia boleh tau semua pasal kami?"
"Itu saya tak boleh nak bagi penjelasan. Awak kena tanya sendiri kat sepupu saya tu."
"Cam mana nak tanya dia sedangkan kami tak pernah jumpak pun?"
"Kalau awak nak sesangat, nanti saya boleh aturkan. Dia pun selalu gak dok tanya pasal awak. Tunggu arr satu hari nanti saya akan bawa awak jumpak ngan dia."
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...