ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Pergh.. panjang giler chapter kali ni..
• • Hye, pembaca setia BB. Aku ade satu info nak bagitau korang semua. Memandangkan aku mengarang ikut mood & idea, so aku minta maaf kat korang para pembace BB kerana terpaksa....
Hmm.. terpaksa ape, ekk? Nak tau? Just tatal atau scroll je kat bawah tu. Di hujung /ending chapter ni aku jelaskan semuanya. Harap korang tak kecewa & tension, kay?
•••♦◄♥►♦•••
"Gelang elf hilang? Mengembara dalam mimpi? Ape semua ni? Ape yang korang maksudkan? Cer bagitau aku. Rasa-rasanya, dah banyak yang aku ketinggalan ni."
Rusty bersuara tatkala Aidan menceritakan perihal pertemuannya dengan emak bapa Maswira sekejap tadi.
Mereka berdua belas melepak di pinggir kolam renang sambil melihat dan mengawasi Faiz dan Ilham yang ceria berenang dan berendam.
"Bukan kau je, aku pun sama arr, tak tau ape yang Edan cakapkan ni," sampuk Ikhwan.
"Pergh.. sorry, aku lupa plak yang korang berdua dan Lokman tak tau menahu pasal ni. Memang banyak yang korang bertiga juga Wirman ketinggalan. Baik arr, aku akan citerkan semuanya.
"Aku harap kekawan lain pun dapat bantu gak sebab bermacam perkara yang nak diciterkan nanti, okey?" balas Aidan.
Dia tak membuang masa terus menceritakan tentang gelang pemberian elf tersebut juga apa yang dah mereka lakukan dengannya.
Ini termasuklah dalam menyelesaikan kes ugutan Kak Linda Kainparcha dan Abang Wi tempoh hari. Di mana Daus dan Fikri dapat membalas dendam dan mengajar pasangan kekasih durjana itu.
Pengembaraan mereka bertiga ke dunia elf di Isle of Man dan bagaimana dia serta Aiman Harith memperdayakan Lokman Harith dengan kisah Hantu Dua Beradik itu pun turut diceritakan sama.
Cuma, perihal mereka sekeluarga mengesyaki Maswira mencuri duit juga barang kemas dari banglo saja yang Aidan tak ceritakan. Dia tak mahu memalukan Pak Kamil dan Makcik Hartinah.
Biarlah itu menjadi rahsia. Tak sanggup dia nak mencemarkan lagi nama Maswira serta keluarganya.
"Pergh.. mati-mati aku ingat yang sakat aku tu hantu betul. Rupanya korang berdua, ekk? Tapi aku tak marah kat korang. Memang aku mengaku, selama ni aku selalu je buli dan buat aniaya kat adik aku ni.
"Lepas kena sakat, aku terus insaf dan janji tak akan ulangi dah perangai jahat aku tu. Korang berdua dah berjaya ubah aku, maafkan aku, ye?" jujur Lokman Harith berkata sambil memeluk erat adiknya.
"Tak sangka betul yang Wira sanggup selongkar bilik kau dan curi gelang tu, ekk? Sekarang ni, padan muka dia sebab dah tercampak ke dunia ape tah. Harap-harap dia mampus kena baham rimau atau dinosaur ke," marah Palis.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...