Chapter 58 - Taubat Daus & The Last Skodeng

1.8K 74 15
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

"Woi Daus, amboi jalan cam flamingo, melangut mendada je. Langsung tak tengok orang keliling."

Tegur satu suara yang amat sinonim pada telinga Daus.

"La, kau ke Mat Zahir, long time no see. Hidup lagi kau, ekk? Ingat dah koma kena bambu* time  skodeng rumah orang.. he he," seloroh Daus tatkala terpandang remaja kahar* itu yang duduk di atas motor depan kaki lima kedai.

"Pergh.. kasarnya lawak kau. Aku tak ke mana arr, ade je sentiasa. Kau tu yang sibuk memanjang sejak berkawan ngan bebudak sekampung kau yang kanyiar* tu," balas Zahir.

Daus tergelak kecil dek tuduhan berbaur cemburu daripada pemuda lepasan SPM yang masih tak tentu hala tuju dalam hidup.

"Nak ke mana kau ni?" tanya Zahir. 

"Ini hah, aku temankan adik aku, si Ryan ni. Dia meraung melalak nak ajak aku ke kedai buku beli krayon kotak besar sebab nak masuk pertandingan melukis tadika dia," jawab Daus dengan sekali nafas.

Zahir merenung tajam budak yang sedang makan ais krim penuh asyik. Dia menjelirkan dan menggerak-gerakkan lidahnya seolah nak menjilat sama ais krim Ryan.

Namun wajah comel Ryan langsung tak terkesan dek tikaman mata Zahir juga acahan* remaja serabut itu. 

Zahir pula yang mengaku kalah akhirnya.

Budak tadika lima tahun itu buat tak endah. Dia galak menjilat ais krim Paddle Pop  corak pelanginya hingga meleleh di jari. Lidah pink nya pantas memainkan peranan hingga tiada yang bersisa lagi.

"Kau cari aku ke ni?" tanya Daus. 

Dia dah tahu kalau budak menganggur ini muncul, tentu ada saja aktiviti mereka nanti.

"Ala, sesaja nak jumpak kau, tak boleh ke?" balas remaja berambut panjang ala-ala Vicha Saywho itu.

"Dah jumpak kau ni, aku nak bagitau yang aku akan ke Ipoh. Pakcik aku yang bukak restoran makanan Mexico tu dah offer  aku jadi cashier  kat sana. Mak aku arr yang sibuk dok rekomen* keje tu," tambah Zahir.

"Pergh.. kau jadi cashier?  Alamat gulung tikar* restoran pakcik kau tu," sindir Daus.

"Wey, brutal  sangat lawak kau ni. Buat aku kecik hati je," balas Zahir sambil menghulurkan tangan bersalam.

"Bagus arr cam tu, dapat dok kat bandar, keje best  plak. Sure  gaji pun lebat, kan?" ujar Daus, sedikit cemburu.

Dia menyambut salaman kawannya.

"Best  kata kau? Habis cam mana ngan hobi aku kat sini? Di bandar nanti, bukan boleh aku teruskan aktiviti tu. Silap-silap, kena kejar anjing atau dicekup polis." 

"Ala, lupakan pasal skodeng. Takkan selamanya kau nak hidup ngan buat keje tak bermoral tu? Aku pun, rasanya dah boleh tinggalkan hobi tak senonoh tu sejak ade kawan baru di sekolah aku." 

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now