Chapter 62 - Itulah Balasan Yang Setimpal Buat Bomoh Mahat Yang Jahat

1.8K 89 14
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Pulang dari sekolah, Aidan berkira-kira untuk terus ke rumah Ehsan. Dia risau andai ada sesuatu berlaku pada budak bukit itu.

Mengapa Ehsan tak datang sekolah hari ini? Sakitkah atau dia sengaja ponteng? 

Bermacam persoalan bermain di mindanya.

Namun dia ragu-ragu akan penerimaan abangnya itu setelah apa yang berlaku semalam. Dua tamparannya mungkin menyebabkan Ehsan tawar hati untuk bertemu dengannya. 

Langsung Aidan membatalkan hajat nak ke rumah Ehsan.

Aidan menyimpan fixie nya di garaj lalu merebahkan tubuh letihnya di kerusi di pinggir swimming pool. Dia mengelamun tentang Ehsan, termasuk segala tanggapan akan ketidakhadiran abangnya itu ke sekolah.

Dia tak mampu untuk melenyapkan ingatannya pada budak bukit gagah itu. Seolah apa saja yang dia buat serba tak kena. Perasaan sebak melanda dirinya tatkala teringat akan Ehsan.

"Wey.. nape kau ni? Monyok* je? Boleh aku dok ngan kau?" tetiba Maswira menegurnya.

"Pergh.. terkejut beruk aku kau sergah cam tu. Ingat siapa arr tadi," balas Aidan sambil berpaling ke arah remaja tersebut. 

Maswira kelihatan ceria berbanding dua tiga hari sebelumnya.

"Kau ni dah okey ke? Tak meracau dan mengigau dah?" tanya Aidan. 

Hairan pula dia, tak semena-mena Maswira muncul menerjah.

"Entah arr, tapi kekadang tu aku rasa kosong je dalam diri aku ni. Cam aku hidup dalam dunia yang tak ade orang lain," jawab Maswira seraya melabuhkan punggung di bangku besi sebelah Aidan.

"Kau plak, nape dok kat sini time  ni? Uniform  pun tak berganti, tunggu abang kau tu ke?" 

Sinis soalan Maswira, membuatkan Aidan tak selesa.

"Tak ade arr, aku rasa letih dan tak larat. Banyak sangat benda yang kami buat kat sekolah tadi," Aidan berbohong.

"Dengar citer abang kau tu tak ke sekolah hari ni, betul ke?" 

"Ala, dia tak sihat. Malam tadi teruk tolong bapak dia betulkan reban dan pagar dia orang." Sekali lagi Aidan berbohong.

Maswira hanya tertawa kecil seolah menyindir, namun Aidan hanya mendiamkan diri. Dia tak nak memanjangkan lagi perbualan mereka yang mungkin akan menuju ke arah berkonfrontasi.

Cukup-cukuplah selama ini Maswira menyindir dan memperlekehkan budak bukit itu. Dia tak rela andai Maswira mengata sesuatu yang tak baik. Mungkin juga akan menaikkan kemarahannya nanti.

"Wey.. aku nak naik mandi dan makan ni. Ape arr yang mak kau masak tengah hari ni, ekk? Kau dah makan ke?" 

Aidan cepat-cepat menukar topik perbualan.

Namun belum pun Maswira menjawab, Makcik Hartinah muncul dengan satu dulang steel  menuju ke arah mereka.

"Nah, nasik ayam pandan special  dari makcik. Makan le dengan Wira, ye Edan? Nanti makcik bawak air sirap pulak.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now