ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Mereka kemudian beraya di rumah Rusty. Selepas itu ke rumah Lokman Harith dan adiknya Aiman Harith.
Dek kekenyangan, ada antara mereka hanya minum dan sesekali menjamah juadah ringan.
Selepas itu rumah Sumi, Palis dan Daus pula mereka kunjungi. Ada yang bagi duit raya dan ada pula yang tidak.
Namun Ilham paling beruntung. Ke mana saja mereka singgah, dia sentiasa saja dapat duit raya.
Tersengih sakan budak comel itu memasukkan sampul hijau ke poket baju Melayunya.
"Ilham nak beli ape dapat duit raya banyak ni?" tanya Ehsan.
"Adik nak impan bank. Nak beli minan, ais klim," jawabnya jujur.
"Nanti Ilham datang rumah abang, mak dan bapak abang akan bagi lagi duit raya, banyakkk," ujar Aidan.
Budak kecil itu teruja dan membeliak matanya.
"Ee.. cukanya adik. Adik cuka, adik cuka.. hi hi hi,"
Ilham menjerit kesukaan sambil memeluk erat abang angkatnya.
Jam tiga petang, mereka beraya di rumah Ehsan pula.
Pak Rahmat tak banyak menyajikan kuih raya moden. Hanya kuih tradisional yang dibuat Makcik Berlian. Namun dia masak mi rebus udang lipan* special.
Pergh.. sedap ni
Terpaksalah bebudak itu makan juga walau kenyang. Bukan selalu dapat menjamah mi yang sesedap itu.
"Pergh.. aku dah teruk sangat kenyang ni. Nanti kita berendam kat kolam dan aku nak baring kejap kat rumah ran kau tu," ujar Sumi.
Sebelum beraya ke destinasi terakhir, iaitu banglo Aidan, bebudak tersebut mandi berendam di kolam. Puas berendam, mereka berehat melepaskan lelah dan meredakan kekejangan perut dek terlebih makan.
Jam lima setengah, mereka ke rumah Aidan.
"Okey, ini arr rumah last kita beraya hari ni. Lepas ni aku nak balik dan nak baring je," kata Brice.
"Aku pun sama, dah tak larat nak mengayuh. Rasa sengal dan melecet telur aku. Seumur hidup aku, tak pernah beraya sampai seaktif ni," balas Sumi.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...