ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Sebenarnya, dalam kajian dan carian aku, kau ade dua nama yang boleh aku bagi sebagai jawapan. Tapi aku kena yakin yang hanya satu je nama sebenar kau," ujar Aiman Harith.
Si elf memandang budak tersebut dengan pandangan tajam dan tertanya-tanya.
Nampak terpancar kebijaksanaan akan anak manusia ini.. fikirnya.
"Wah, aku cuma minta kau sebutkan nama aku, tapi kau kata aku ade dua nama pulak. Kalau benar, sila sebutkan. Kita jangan lagi bertangguh dan bercakap kosong," gesa makhluk aneh itu.
"Dengar baik-baik wahai si elf. Nama pertama kau adalah Banra. Dan yang kedua pula, Tibbar. Tapi bila aku fikirkan balik, dua nama tu tak sesuai ngan kau. Ini kerana, itu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
"Aku hampir putus asa dan nak je jawab nama kau Tibbar. Tapi time aku kat dalam kelas tadi, aku terfikir kata-kata kau yang kita berbicara dalam Bahasa Irish Gaelic kuno.
"Terus aku skip kelas dan buat sikit kajian kat cyber cafe di pekan tadi. Tak sia-sia kajian last minute aku tu. Aku dah dapat jawapan untuk soalan teki-teki kau.
"Sebab itu arr aku datang cepat-cepat ke sini. Aku dah tak sabar nak jumpak kau dan nak tamatkan permainan kita ni," terang Aiman Harith penuh yakin.
Si elf ternganga mulutnya mendengar penjelasan budak yang disangka kanyiar.
Namun dia tersenyum sinis guna nak menggugat keyakinan Aiman Harith. Itulah salah satu cara dia nak menguji anak manusia ini.
"Sebutkan nama yang kau maksudkan itu. Jangan nak berdalih dan banyak cakap lagi. Atau kau sengaja nak buang masa dan lalaikan aku dengan kata-kata kosong kau," gertak si elf seraya menyeringai.
"Ninioc, itu arr nama kau yang sebenarnya," tegas Aiman Harith menjawab.
Suasana sunyi buat seketika. Si elf memandang tepat ke wajah budak darjah enam itu.
Tiada sepatah kata diucapkan.
"Hi hi hi hi, aku rasa kau hanya meneka membabi buta je, wahai adik comel. Kau hanya serkap jarang kerana kau kecewa dan berputus asa sebab tak dapat mencari jawapannya.
"Tapi kalau itu le jawapan kau, ape logik dan rasionalnya kau beranggapan sedemikian, wahai anak manusia?" akhirnya makhluk itu bersuara.
"Hmm.. baik arr. Mari kita dengar semula pembayang untuk soalan kau tu. Kau kata 'waktu kita mula bertemu, songsanglah namaku'.
"Itu bermaksud, masa mula-mula aku nampak kau di sini semalam, kau merupa dan menukarkan diri kau jadi sekor arnab. Bila disongsangkan perkataan 'arnab', ia jadi 'banra'.
"Tapi itu Bahasa Melayu, kalau dalam Bahasa Inggeris pula, arnab ialah 'rabbit' yang jika diterbalikkan menjadi 'tibbar'.
"Aku tak yakin yang kau akan gunakan nama dalam bahasa Inggeris tu. Kau cam anti orang putih je, terutama orang England, kan?
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...