ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
"Korang nampak tak pokok besar kat kiri kanan kita ni? Rasa-rasa, korang boleh panjat tak?" Daus menyoal namun perlahan suaranya.
Dia tak mahu mengganggu pendengaran haiwan yang sedang naik minyak itu.
Ketiga-tiga kawannya sama melihat akan pokok yang dimaksudkan.
"Boleh, tapi sempat ke kita lari dan panjat?" tanya Wirman risau.
"Aku akan suluh muka menatang tu ngan lampu suluh besar ni. Sure dia akan terganggu kena cahaya terang. Time tu arr kita panjat," arah Daus.
"Kau pasti ke menatang tu tak boleh panjat pokok?" soal Ikhwan pula, juga berbisik.
"Kita tawakal je. Tapi aku nampak menatang tu rupa cam lembu je. Mungkin lembu jelmaan dan tak akan mengapakan kita," terang Daus.
"Jelmaan? Ape maksud kau ni?" tanya Rusty cemas.
"Panjang citernya, nanti aku akan citer kat korang. Itu pun kalau kita hidup lagi selepas malam ni," jawab Daus membuatkan kekawannya makin cuak dan seriau.
"Wey.. kau ni buat kami makin takut je," rengek Ikhwan.
"Walau takut cam mana sekali pun, kita kena gak tunjuk berani. Ini antara hidup dan mati. Bila aku bagi isyarat, aku dan Rusty panjat pokok kiri. Korang berdua ke pokok sebelah kanan, faham?" jelas Daus.
Perlahan-lahan Daus menghalakan lampu picit besar lalu dinyalakannya terus pada mata merah haiwan tersebut.
Serentak dengan itu, dia memberi isyarat kepada Rusty, Wirman dan Ikhwan untuk lari memanjat dua pokok besar di kiri kanan jalan.
Lembu jelmaan tersebut seakan terpaku dan kaget dek tindakan pantas keempat remaja yang ketakutan itu.
Ia mendengus lalu berlari ke pokok di sebelah kanan dan menanduk kuat hingga bergegar batang serta dahannya.
Ikhwan dan Wirman menjerit terlolong dan menghalakan lampu picit kecil mereka ke arah mata sang lembu yang sedang naik minyak* kira-kira tiga kaki di bawah mereka.
Daus juga turut menyuluh makhluk hitam berkilat itu.
"Pergh.. besar giler dan sado sungguh badan menatang ni. Mau dekat satu tan. Kalau rodok dan pijak kita, terus kojol," ujar Daus tatkala cahaya lampu picitnya mengenai tubuh haiwan gargantuan itu.
Mereka nampak tanduk putih kekuningan yang panjang lagi tajam tergawang-gawang mencari sasaran. Dengusan marah makhluk menakutkan itu semakin menambahkan rasa cuak mereka.
Bagi Wirman dan Ikhwan apatah lagi.
"Bila kau suluh, baru aku perasan yang lembu tu mungkin dari spesies Watusi * asal dari Afrika. Lembu jenis ni tak garang dan tak bahaya walau tanduk dia panjang berdepa-depa," terang Rusty bak pakar ruminan* lagaknya.
"Pergh.. tak bahaya kau kata? Cer kau tunggu dan belai kepala besar dia tu. Silap-silap dia tusuk leher kau terus jadi arwah," gerutu Daus geram.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...