ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. akhirnya dapat gak aku update citer ni. Lama sangat korang tunggu, kan? Sorry sebab aku kehilangan mood & agak sibuk ngan benda-benda lain. Hey, aku pun manusia biasa gak, tau? Ade masa malas, ade masa boring & ade masa stress. Ape pun, layan je BB 137 yang masih lagi aku selitkan babak tak senonoh & pasti akan merosakkan minda korang ni. Tajuk pun makin menampakkan sisi-sisi kematangan, kan? Hee.
Panjang giler chapter yang aku karang ni, lebih 8,000 words. So aku buat keputusan untuk jadikan dua part. Chapter 138 akan dapat korang layan esok atau lusa. Sabar menunggu, kay?
•••♦◄♥►♦•••
"Saya tengok lalu saya kaji tatkala beruk itu kita tentang dan kita lawan. Ada antara kita yang menumbuk, menendang dan menikam menetak. Sampaikan binatang itu terputus kepala, tangan dan ada yang pengsan patah tulang belakang.
"Ada pun beruk yang terluka berdarah, semuanya diselubungi asap kelabu yang akhirnya bertukar menjadi rerama hitam terbang ke udara. Yang mati tanpa kesan cedera berdarah pula, akan terus kekal bangkainya tak berubah bentuk.
"Jadi, satu kesimpulan yang dapat saya katakan ialah, andai ia berdarah, maka ia terus hilang jadi rerama. Walau sedikit saja darah yang terbit, nescaya sang beruk ganas akan lemah dan lenyap dari pandangan.
"Oleh itu, saya cadangkan agar kita hendaklah mencederakan hingga berdarah binatang itu. Tak kira kecil atau besar lukanya. Kalau ada darah, langsung ia lemah dan kita akan berupaya mengalahkannya, biarpun seribu yang datang.
"Kita jangan sesekali berlawan tanpa senjata. Tak guna buah silat yang padu lagi jitu andai ia tak mampu meluka berdarahkan sang beruk. Penat saja yang kita dapat bersepak terajang dengan makhluk jenis hantu itu.
"Saya cadangkan, kita cari apa saja benda untuk dibuat senjata melawannya. Waima sebatang jarum atau cok sanggul* sekali pun. Itu adalah lebih baik berbanding jurus silat seribu gerak.
"Untuk membuktikan kata-kata saya, baru sekejap tadi seekor beruk saya lukakan dengan torehan kecil di pipinya, sebagai satu bentuk ujian. Darah terbit, langsung ia lenyap jadi rerama."
Panjang lebar Senayan berhujah, memberikan pendapatnya yang ternyata mengundang rasa kagum Aki Latib juga bapanya, Ujang Bohol.
"Bukankah aku dah khabarkan, wahai Ujang? Anak teruna sunti kau ini geliga otak dan cerdas pemikirannya. Kata-katanya ini masuk dek akal dan sangat molek andai kita sama-sama mencuba.
"Kita tak rugi apa-apa. Sementelah, beruk itu makin banyak munculnya. Kalau kita beradu kekuatan dengan tenaga, nescaya kepenatan nantinya. Ayuh, kita maklumkan tentang hal ini kepada yang lain."
Sehabis berkata-kata, lelaki tua itu memeluk dan mengusap rambut serabai Senayan penuh kasih sayang.
"Tok seperti hendak ambil engkau jadi menantu tok saat ini juga, Nayan. Kau amat bijak dan berani pula, bertuah emak bapa yang ada anak sebegini," puji Aki Latib.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...