ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Hey Edan, nape awak renung saya cam tu? Ade ape-ape ke yang tak kena pada saya?"
Pertanyaan Marcus menyedarkan Aidan dari lamunan.
"Tak, tak ade ape-ape. Saya cuma kagum tengok awak je. Birthday boy yang segak dan berada, tapi humble. Anak tuan punya ladang yang kaya tapi sanggup berkawan ngan bebudak kampung ni yang tak setaraf ngan awak," jawab Aidan tersekat-sekat cuba menyembunyikan hal sebenar.
"Ala, dah saya dok kat kampung, kena arr bercampur gaul ngan dia orang semua ni. Lagipun, saya tak ade sedara mara kat sini kecuali Spence je. Tentu awak dah berkenalan ngan tiga kawan baik saya ni, kan? Dia orang bertiga cam adik-beradik saya je."
Marcus memandang ke arah Dawam, Uda dan Juhar yang kini bangun berdiri penuh tertib sebelah-menyebelah.
Mereka nampak seperti amat patuh dan menghormati Marcus, seolah budak mat salih itu tuan besar mereka.
"Hmm, dah. Dia orang bertiga memang baik dan menerima saya sebagai kawan walaupun kami baru je berkenalan," jawab Aidan.
"Awak dah makan ke? Jom kita ke bilik sebelah, ade hidangan istimewa khas menanti awak. Dah lama pelayan tu dok tunggu kedatangan awak, Edan," ajak Marcus.
"Pergh.. takkan plak saya ni istimewa kot? Tak payah arr awak layan saya sampai cam tu sekali," ujar Aidan namun tersemat rasa teruja bila dia dihargai bak tetamu kehormat.
Mereka terus ke bilik sebelah. Kelihatan empat orang pemuda dan dua gadis Melayu berdiri terpacak penuh hormat menunggu untuk melayan mereka.
Kesemuanya berpakaian sedondon, baju Melayu lengkap bersamping dan berselendang bagi yang gadis.
Aidan benar-benar rasa dirinya dihormati dan tak tergambar akan kegembiraan dan rasa bangganya.
Alunan muzik klasik dari gramophone * berwarna keemasan di satu sudut membangkitkan suasana kolonial dan menambahkan lagi kemeriahan makan malam mereka.
Terdapat dua meja panjang penuh dengan makanan yang beraneka jenis. Ada sate, kuih-muih tradisional, nasi pelbagai jenis serta lauk-pauk yang kesemuanya kelihatan amat menyelerakan.
Ayam golek dan ayam percik pun ada, juga kambing panggang yang masih panas berasap. Di meja sebelah pula, penuh dengan makanan laut. Sotong, udang juga ketam bakar, berasap meruap wangi.
Begitu juga dengan sajian pencuci mulut serta buah-buahan pelbagai jenis penuh satu meja. Ada manggis, rambutan, tembikai juga beberapa jenis buah import yang segar bugar menanti untuk dinikmati.
"Pergh.. banyaknya makanan. Rugi arr saya dah makan kat rumah tadi," getus Aidan teruja.
Matanya tak berkelip memandang juadah menakjubkan tersebut.
"Ala, kalau dah kenyang pun, takkan tak boleh nak makan sikit lagi kat rumah saya ni. Please Edan, sebagai tanda awak menghormati majlis saya," balas Marcus, memujuk.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...