ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Makcik Hartinah mengetuk pintu bilik anaknya bertalu-talu. Hairan juga dia, dah hampir pukul tujuh pun tapi bayang Maswira tak kelihatan.
Selalunya waktu ini, anaknya itu akan ke bilik air atau menjengah dapur melihat apa yang dia masak untuk sarapan.
Tadi, sejurus selesai menyediakan sarapan untuk keluarga Aidan, dia bergegas untuk mengejutkan Maswira. Sangkaannya, anaknya itu terbabas tidur dan terlewat bangun, mungkin asyik layan handphone malam tadi.
Terkumat-kamit mulut wanita tersebut berkira-kira nak menghamburkan leteran dek perangai anaknya yang tak dengar kata nasihat.
Namun tatkala pintu dibuka, dia kehairanan melihat katil tak berkemas. Cadar dan selimut meleret hampir jatuh ke lantai.
Dia memeriksa kelengkapan sekolah anaknya. Mana tahu, barangkali Maswira dah pun ke sekolah di awal tadi tanpa dia sedari.
Sekali lagi dia kehairanan. Beg sekolah, seragam juga dompet duit anaknya itu tak terusik, masih ada di sebelah katil juga dalam almari.
"Hai, ke mana pulak budak bertuah ni? Tak habis-habis nak buat orang risau dan seriau," gumamnya seraya menapak keluar.
"Ape? Betul ke ni, Hart? Awak dah periksa dan pastikan ke?" tanya Pak Kamil, terkejut.
Hampir tersembur kopi yang baru nak dinikmatinya bersama sepiring karipap sardin tatkala isterinya memaklumkan perihal kehilangan Maswira.
"Ish, takkan pulak Hart nak tipu? Benda macam ni mana boleh nak dibuat lawak jenaka," marah si isteri.
"Dah cari keliling kuarters ni? Mana tau, kot dia tersampuk lagi dan tertidur di perdu pisang ke macam Ibrahim Pendek dalam filem 'Setinggan' tu."
Makcik Hartinah mencebik dek pertanyaan suaminya yang langsung tak menunjukkan dia mengambil serius akan perkara ini.
"Jom kita sama-sama cari dia," ajak wanita itu, hampir merengek.
Mahu tak mahu, Pak Kamil mengangkat punggung dan membuntuti* isteri tersayang untuk mencari anak bongsu mereka itu di persekitaran kuarters juga banglo.
"Aik, dok cari ape tu wahai pasangan yang ideal? Sampaikan tertonggek-tonggek macam nenek kebayan je lagaknya."
Teguran Puan Neesa membuatkan kedua laki bini itu tergamam dan terkedu.
"Eh, puan. Kami tengah dok.. er, er, dok berexercise di pagi yang nyaman ni. Sebelum sarapan, elok jugak gerakkan otot tua ni, kan?" jawab Makcik Hartinah tergagap-gagap.
Sebolehnya dia tak mahu memaklumkan kehilangan Maswira. Biarlah mereka menyiasatnya terlebih dahulu duduk perkara yang sebenar.
Pak Kamil hanya mengangguk, mengiakan auta isterinya itu.
"Puan pulak, buat ape kat luar awal-awal ni?" soal Makcik Hartinah pula.
"Saya ambik udara segar yang bercampur dengan bau harum bunga-bunga yang tengah mekar ni. Rasa nyaman dan menenangkan jiwa je," jawab wanita anggun itu.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...