ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Sumi sampai di rumahnya bila azan Maghrib sedang berkumandang nun dari surau sebelah balai raya.
Tubuhnya menggeletar bila mendengar seruan itu tatkala dia melangkah masuk melalui pintu rumah yang tak berkunci.
Badannya terasa panas membahang. Tiada sesiapa di dalam rumah menyambutnya. Namun kedengaran suara adik-adiknya sedang bermain air di bilik mandi.
Dia menanggalkan pakaiannya satu persatu hingga bertelanjang bulat lalu tanpa segan silu menapak ke dapur.
"Wey.. abang bogel, tak malu. Kote dah berbulu berserabut tapi dok bogel cam budak-budak lagi," jerit adik bongsunya, Ikmal, lapan tahun, sambil terjelir lidah tatkala baru keluar dari bilik mandi.
Terkejut dan terkedu budak naif itu melihat abangnya yang selama ini amat sopan dan penuh sifat malu, kini tanpa seurat benang dengan belalai terjuntai berayun kiri kanan.
"Ee.. tak senonoh arr abang ni, kami bagitau kat mak dan abah nanti. Abang tak malu, dah arr balik senja-senja, buat perangai giler babi plak. Ni mesti mabuk ketum atau hidu gam," kata pula Diana.
Adik perempuannya yang di darjah lima itu terus menutup kedua matanya dengan tapak tangan. Malu dia nak melihat adegan lucah yang disajikan oleh abangnya di senja ini.
"Diam arr kau, sibuk je. Aku terajang kang, bak sini tuala tu," marah Sumi dengan suara kasar dan garau.
Dia lalu merentap tuala di tubuh Diana membuatkan anak gadis itu terjerit ketakutan berlari masuk bilik untuk melindungi diri dari malu.
"Aku bagitau kat mak, kau londeh aku, bengong," jerit Diana seraya menangis dari dalam biliknya.
Sumi langsung tak terkesan dek ugutan adiknya itu.
Selepas membersihkan diri ala kadar, dia masuk ke biliknya dan berbaring bertuala saja menelentang dengan mata terbeliak memandang siling.
Tetiba mata tajamnya pantas tertancap pada seekor cicak yang sedang melekat pada bilah kipas angin.
Dia bangun mengambil kayu hoki lalu ditepisnya reptilia itu. Jatuh terkelepet* atas tilam lantas dengan lahap dia memasukkan haiwan kecil itu ke mulut.
Tatkala ekor cicak itu sedang terkodek-kodek di bibirnya, pintu bilik diketuk lalu dibuka seseorang. Cepat-cepat dia menelannya dengan rakus.
"Sumi, betul ke ape yang adik-adik kau bagitau mak? Nape kau jadi cam ni? Kena rasuk hantu ke ape?
"Tak baik dan tak sopan berbogel depan orang. Kau tu dah nak dewasa pun. Tengok je anu kau tu, boleh buat adik-adik kau gerun dan demam seminggu," leter Mak Rubiah, emaknya.
"Nanti tak pasal-pasal dia orang meracau dalam tidur pulak. Kalau dia orang cerita kat kekawan kau macam mana? Tak ke malu nanti? Satu sekolah tau pasal ni.
"Kalau abah kau tau, mau nahas kau dikerjakannya. Dia memang pantang kalau anak berperangai tak malu macam kau ni," sambung wanita itu.
Sumi hanya menderam bak serigala menahan marah.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...