ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
• • Pengumuman: Chapter kali ni aku tak tau nak letak tajuk ape. So kat ruangan komen di bawah tu, korang boleh arr cadangkan ape-ape tajuk yang dirasakan sesuai & kena dengan content chapter 111 ni. Tajuk tu nanti akan aku gunakan kat atas tu. Cam mana?
•••♦◄♥►♦•••
T E R K I N I
• • TAJUK KAT ATAS TU HASIL IDEA 'AbeyLegacy', silalah ucapkan tahniah yang tak terhingga kepada beliau yang memerah otak memikirkan akan tajuk tersebut.. he he
•••♦◄♥►♦•••
Kira-kira lima belas minit kemudian, bila Aiman Harith kembali tenang dan waras, dia pun menceritakan apa yang dialaminya sepanjang pengembaraan batin tersebut.
Ternganga dan terlopong abang juga kekawannya yang lain dek teruja mendengar akan pengisahan*nya.
"Kau memang berani arr adik. Aku salute kat kau. Aku ingatkan, mengembara batin ni senang cam time kita bermimpi je. Rupa-rupanya teruk gak ape yang kau alami tu ekk?"
Lokman Harith menghamburkan pujian tatkala adiknya bercerita dia dilibas ekor mawas yang mengakibatkan luka berdarah pada pipinya.
Bila tiba pada cerita yang berkaitan dengan Pak Su Juhar, pasangan warga emas itu terdiam dan termangu sayu.
Tok Jenang terharu kerana Aiman Harith merupakan antara insan terpilih yang berkesempatan 'bertemu' dengan bapa saudaranya itu.
Sedangkan, dia sendiri tak pernah pun mendapat peluang sedemikian walau hatinya teringin sangat. Mungkin bukan rezekinya.
Namun dia rasa puas bila Aiman Harith berpeluang bertemu dan seterusnya diselamatkan oleh jelmaan Pak Su Juhar itu.
Cukuplah sekadar mendengar cerita dari mulut budak darjah enam ini. Ia sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu dia dan isterinya.
"Dia kirim salam kat korang semua terutama sekali Edan yang dia sayangi. Kat tok dan nek pun dia tak lupa sampaikan salam," terang Aiman Harith seraya memandang kedua orang tua itu.
Ada linangan air mata di pipi berkedut Tok Jenang tatkala mendengar pesanan tersebut.
"Tok Juhar cakap, dia mintak maaf kalau dia dah menyusahkan kau time korang jumpak kat kebun getah awal pagi hari tu," sambung Aiman Harith sambil merenung wajah Aidan.
"Tak ade ape yang nak aku maafkan. Dia tak bersalah pun, malah dia arr yang banyak tolong aku. Kalau tidak, aku tak tau ape akan jadi kat aku waktu tu.
"Bukan aku je, tapi ubat dan minyak pemberian dia tu dah banyak kali aku gunakan untuk rawat korang semua yang ade masalah, kan?" balas Aidan sebak.
Segera Ehsan mengusap belakang adiknya itu sambil berbisik sesuatu guna memberi semangat.
Semua yang ada di ruang tengah rumah tersebut terharu mendengar kata-kata ikhlas Aidan.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...