ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. siap gak chapter ni tak sampai pun sebulan, kan? Tapi tak sepanjang BB 148 tu. Harap korang terhibur & puas hati, ekk? Nampaknya citer ni dah makin sampai ke penghujungnya. Rasa berat plak nak tamatkan, kalau boleh tu aku nak buat sampai seribu chapter.. hee 🐵
•••♦◄♥►♦•••
Lama Ikhwan memerhatikan kekawannya yang masing-masing kini dalam ketakutan dan cemas teramat.
Ada yang terkumat-kamit mulut membaca ayat-ayat suci guna untuk menghindari diri dari segala bala yang mungkin menimpa sekejap lagi.
Melihat akan keadaan Ikhwan saat ini, tentu saja akan berlaku sesuatu yang tak ingin mereka fikirkan dek kerana terlalu banyak pengalaman ngeri yang telah mereka tempuhi.
Antara mereka bersepuluh, Aiman Harith dan Palislah yang paling lemah semangat tatkala berhadapan dengan situasi paranormal. Mereka mudah sangat diserang fiendophobia * iaitu istilah baru yang dikaitkan dengan orang yang melampau takutnya pada hantu atau makhluk ghaib.
Mujur ada Aidan yang memeluk dan menenangkan budak darjah enam itu.
Palis pula selesa dan rasa selamat dalam dakapan erat Spencer, langsung membuatkan dia memeluk budak mat salih yang sasa itu makin kejap.
Ikhwan mendengus dengan bunyi pelik. Matanya makin membeliak bulat merenung tajam ke arah Aidan dan Aiman Harith. Budak darjah enam itu memejamkan mata sambil mengeratkan pelukan.
Ehsan mencari apa-apa benda untuk dibuat senjata pertahankan diri andai Ikhwan bertindak sesuatu yang mengancam dia juga kekawannya.
Fikri dan Sumi yang berada hampir dengan pintu bilik bersedia untuk lari keluar menyelamatkan diri.
Ikhwan berdiri membongkok. Selimutnya melurut jatuh mendedahkan tubuhnya yang cuma berboxer cotton corak kotak-kotak kebiruan.
Dia menggoyang-goyangkan tubuh separuh bogelnya seraya mengangkat kedua tangan seakan mahu dicekiknya para remaja di hadapannya saat itu.
Wajahnya makin bengis. Kini dia menderam sambil menjelirkan lidah. Kepala botaknya terlentuk-lentuk kiri kanan seperti aksi hantu dalam filem-filem seram yang klise.
Namun, tetiba...
"Boo.. ha ha ha he he hu hu."
Dia ketawa mengekek. Wajahnya yang serius dan menyeramkan tadi bertukar happy dan ceria kerana dah berjaya mempermainkan kekawannya.
"Ee, jahatnya kau, Ikhwan. Sampai hati buat kami cam ni. Hampir luruh jantung dan kidney aku. Ciss, sialan," jerit Palis lantas melondeh boxer budak berkepala botak itu hingga terbogel dia.
Kekawan lain tak dapat menahan ketawa kerana 'orang minyak' yang sebelum ini mencabul, kini dia pula yang dicabul. Namun, mereka berasa lega Ikhwan dah kembali waras seperti sediakala.
"Sorry arr, geng. Aku cuma nak tengok reaksi korang je. Syok plak bila tengok muka sorang-sorang, gelabah giler cam nampak hantu.. he he. Daus, cer kau tutup dan kunci pintu bilik, ade perkara penting nak aku cakapkan ni," ujar Ikhwan, mengarah sambil menyarungkan kembali boxer birunya.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...