Chapter 161 - Mangsa Ketiga 'Orang Minyak' Yang Menyimpangi Modus Operandi*nya

1.1K 52 19
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Pergh.. tajuk chapter  kali ni dah cam tajuk berita jenayah di dada akhbar je, kan? FYI, tajuk ini berjaya mengalahkan tajuk BB 49, 'Sumi Oh Sumi. Kenapa Dengan Kau, Kerasukan Atau Dah Buang Tebiat?' sebagai tajuk paling panjang dalam BB. Tahniah diucapkan kepada BB 161!

•••♦◄♥►♦•••

..PENGUMUMAN PENTING..

Mulai sekarang, semua announcement  aku tak sebarkan kepada follower. Kalau korang nak tau ape-ape perkembangan, korang kena lawat akaun (wall a.k.a message board ) aku je. Kat situ ade aku inform  segalanya & terkini (up to date). Kenapa? Sebab, bukan semua follower  aku minat bace karya aku. Ade yang follow, then  terus lenyap dari pandangan & hilang menyepi.

¯\_(ツ)_/¯.. hmpp!

•••♦◄♥►♦•••

Rusty terjaga di awal pagi dengan satu perasaan puas. Dalam kesamaran cahaya lampu tidurnya, dia melihat jam di dinding.

"Pergh.. dah pukul enam setengah pun. Time  untuk aku bangun ke sekolah ngan minda yang baru dan sihat.. hu hu."

Dia menggeliat ke kiri ke kanan lalu bingkas bangun membuat sedikit senaman ringkas di depan cermin. Itulah rutinnya setiap pagi, dia kan atlet sekolah?

Tetiba, dia terperasan akan sesuatu.

"Eh, bila plak aku tido telanjang ni? Malam tadi aku siapa pakai seluar trek ape?" dia bergumam tatkala mendapati diri tanpa seurat benang di tubuh kekarnya.

Ada kedapatan kesan darah kering pada alat sulit serta pangkal pahanya.

Dia terdiam seketika, memikirkan sesuatu. Wajahnya berkerut.

Namun, Rusty tersengih akhirnya bila terbayang akan perkara terakhir yang dia ingat. Iaitu, kunjungan Rushdan ke biliknya malam tadi.  

"Hmm, ini bermakna, aku dah berjaya dapat mangsa ketiga.. he he."

Ketawanya bernada sinister.

SEMBILAN JAM SEBELUMNYA

"Wey, ape kena kau ni? Moyok je, cam anak beruk lepas kena siram air sejuk.. he he," tegur Rushdan.

Dia menapak menghampiri Rusty yang duduk di birai katil.

"Aku datang nak bagi borang ni. Kau terlupa nak ambik kat sekolah tadi. Kalut je kau belah. Nah, kalau boleh, isi dan sign  cepat, esok kena bagi kat Cikgu Muzir."

Namun Rusty diam membisu. Langsung tak bersuara, menegur atau mempelawa duduk.

Mulutnya terkumat-kamit membaca jampi serapah yang di penuhi perkataan 'kaki' itu. Rantai manik digenggam kejap.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now