Chapter 8 - Persahabatan Terjalin

2.2K 120 4
                                    


"Siapa yang selalu memusuhi awak kat sekolah?" tanya Aidan sambil mengisar duduknya.

"Ade arr dua tiga orang budak ni. Juzi, Wirman dan Fikri. Dia orang bertiga ade geng dan ramai plak pengikut kat sekolah tu. Juzi ni satu kelas ngan aku. Sejak dari sekolah rendah lagi dia selalu je tak puas hati ngan aku. 

"Aku pun tak tau nape dia benci sesangat kat aku. Aku tak pernah nak masuk campur hal dia orang. Malah, aku tak pernah ganggu sesiapa pun, terutama bebudak kat sekolah tu," jawab Ehsan jujur.

"Esan, mulai hari ni, awak tak tak akan rasa terasing. Saya janji akan jadi kawan awak kat sekolah dan kat kampung ni. Biar arr dia orang ade geng, kita pun boleh gak bersatu lawan semua tu," ungkap Aidan memberi perangsang lalu digenggamnya tangan kasar Ehsan penuh ikhlas.

Aidan merenung tajam wajah Ehsan. Terukir satu riak penuh keyakinan di wajah budak bukit itu.

Aidan benar-benar pasti dan percaya yang Ehsan akan sudi menerimanya dan sekali gus mereka akan menjadi sahabat baik nanti.

"Tak pernah lagi ade orang yang pegang tangan aku cam ni dan bagi semangat kat aku. Aku rasa pelik plak ape yang kau buat ni. Kau waras ke?" Ehsan ragu-ragu.

"Pergh.. percaya arr kat saya. Mulai hari ni awak tak akan keseorangan. Lagipun, kita dok berjiran, kan?" balas Aidan teruja.

"Okey arr, dah lewat ni. Aku balik dulu, nanti bapak aku risau plak." 

Ehsan bangun lalu mencapai basikal buruknya.

"Awak janji ngan saya yang kita akan berjumpa lagi nanti. Kalau awak sudi, bila balik sekolah je singgah dulu rumah saya. Boleh kita berbual-bual dan minum-minum, hilangkan letih awak mengayuh tu," pesan Aidan penuh ikhlas.

"Entah arr, aku tak berani nak berjanji. Lagipun, ape plak nanti kata mak dan bapak kau, kalau aku singgah rumah banglo kau ni?"

"Don't worry, mak dan bapak saya okey je, dia orang tak kisah pun. Ape kata, esok kita bersaing ke sekolah sama-sama? Saya akan tunggu awak kat pintu pagar rumah saya ni."

"Hmm, boleh gak tu, tapi aku keluar awal, gelap-gelap lagi. Kau mungkin belum bersiap time  tu." 

"Nape awak keluar awal sangat?" 

"Memang sejak dari sekolah rendah lagi aku suka keluar ke sekolah awal sebab kat sekolah dapat aku berehat sekejap hilangkan penat mengayuh jauh," jujur Ehsan menerangkan.

Aidan menghantar Ehsan hingga ke pintu pagar banglo.

"Nanti kalau bebudak gengster tu pancitkan lagi tayar awak, jangan plak awak segan nak mintak tolong kat saya, ekk?" pesannya.

"Hmm, dan kau plak, kalau aku singgah nanti, jangan arr pakai spender lagi. Naik teruja aku tengok.. he he," gurau Ehsan sambil tersenyum.

Aidan ikut sama tersengih dengan seloroh budak bukit itu. Tergambar raut keceriaan di wajahnya dan dia rasa benar-benar puas dapat berkenalan dengan Ehsan setelah lama berhajat.

Aidan kini dah benar-benar tertarik pada budak bukit yang malang dan menyimpan pelbagai rahsia itu.

Dia bertekad akan melayan Ehsan dengan penuh ikhlas sebagai kawan. Mungkin juga sebagai seorang abang yang tak pernah dia ada.

Dia terbayangkan Ehsan akan menjadi sahabat baiknya dan dia ingin juga mengenali keluarga Ehsan.

Dia nak melihat sendiri kehidupan keluarga di kaki bukit itu yang selalu saja dipandang serong oleh penduduk kampung.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now