• TEASER •

1.4K 64 4
                                    


HALT! .. AWAS • CHAPTER  INI NANTI AKAN BUAT SESETENGAH PEMBACA BORING  GILER. KECUALI YANG PERNAH HADIR DALAM MESYUARAT JKKK.. AMARAN DAH DIBERI, SELEBIHNYA TANGGUNG SENDIRI

•••♦◄♥►♦•••

"Tok penghulu, aku ade soalan nak tanya ni," kata satu suara di tengah-tengah hadirin. 

Semua mata bertumpu ke arah Nek Meriam atau Nek Yam.

Wanita berusia lapan puluhan itu tersengih menampakkan giginya yang kejinggaan dek gemar bersogek*.

"Ape dia, Mak Yam? Sila le utarakan, agar dapat kami mendengarnya dalam mesyuarat ni," soal Penghulu Maliki penuh tertib.

Nek Yam membetulkan selendang di bahunya. Dia duduk di atas kerusi roda dek lemah lutut. Cucunya, Zulfikar yang menyorongnya ke balai raya ini.

"Tadi tok ade bagitau yang semua mangsa tu bebudak muda je. So  kami yang tua kerepot ni selamat ekk? Kami tak akan kena ganggu dek menatang toyol tu ke, tok?

"Cer bagi pencerahan sikit agar senang rasa hati kami yang veteran ni," jawab Nek Yam lalu terdengar ketawa mengilai para hadirin.

"Itu saya tak boleh nak jawab sebab mana le saya tau ape yang makhluk tu suka. Tapi ape yang pasti, mangsa-mangsa sebelum ni, semuanya remaja yang muda belia.

"Cuma Bomoh Mahat je yang dah tua. Itu pun kita tak pasti sama ada dia kena serang dengan 'benda' yang sama, dan dia pun tak dicabul.. hu hu," jawab Penghulu Maliki.

"Terus-terang aku nak cakap, yang aku tak kisah kalau toyol tu nak ganggu dan kacau aku. Biar le dia nak datang hisap ibu jari kerepot aku ni dan raba aku. Aku dah tak ade ape-ape yang istimewa pun. Nanti buat menyesal je makhluk tu.. hu hu," balas Nek Yam.

Sekali lagi suasana jadi gegak gempita dengan tawa hilai hadirin. Termasuklah tok penghulu yang tergelak sampai tersembur air liur.

Aidan dan kekawannya pun tak dapat menahan ketawa mereka, sampai ada yang tergolek atas lantai.

Untuk mengetahui apa selanjutnya yang berlaku dalam mesyuarat tu, jangan lupa ikuti Chapter 65 nanti.. k bye!



GLOSARI

*sogek - songel daripada tembakau, lebihan cerut atau gumpalan tembakau yang dikemam dalam mulut, biasanya tersentil atau digerak-gerakkan di antara bibir atas dengan gusi

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now