Chapter 56 - Bila Palis Tak Memalis*

1.6K 85 19
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Terkejut Palis melihat satu lembaga hodoh lagi menakutkan sedang duduk di atas mangkuk tandas memerhatikannya.

Makhluk berambut putih paras dada itu menyeringai sambil menggerak-gerakkan jari-jemarinya yang berkuku panjang buat tontonan Palis.

Biji mata makhluk itu tak kelihatan, seolah ia terperosok masuk ke dalam soket matanya. Sebarisan gigi-gigi tajam tertonjol keluar daripada mulut tak berbibirnya.

Renungan mata lompang makhluk hodoh itu membuatkan Palis ingin lari keluar dari tandas namun kakinya seperti digam kejap.

Palis memejam dan menekup kedua belah matanya dengan tangan. Tak sanggup dia nak menatap lama-lama makhluk menakutkan itu. Tubuhnya menggeletar.

"Hai, kenapa macam terkejut je kau ni, Palis? Bukan ke kau nak sangat skodeng aku tadi?" tanya satu suara garau berbaur sarkastik.

Perlahan-lahan Palis membuka mata. Terlopong mulutnya bila melihat keanehan di depannya ini.

Tiada lagi makhluk hodoh, hanya budak handsome  yang dilihatnya sebentar tadi. Budak itu duduk melenggak di atas mangkuk tandas dengan seluar sekolah hijaunya terlondeh paras lutut.

Nampaknya dia memang sedang melepaskan hajat besarnya. Sememangnya itulah tujuan sebenar seseorang masuk ke tandas pun. Namun ada sesuatu yang aneh pada pengamatannya.

Palis nampak satu benda panjang bergerak-gerak di kiri kanan budak tersebut. Benda kemerahan dan berlendir sepanjang hampir tiga kaki itu bak ekor monyet. Tergerak ke sana sini menghentam dinding tandas.

Mungkin itulah bunyi yang dia dengar seolah bunyi libasan kuat sebentar tadi. Palis cuba melangkah menjauhi pintu tandas, namun ekor kemerahan itu pantas memaut dan membelit kedua kakinya.

Dia hampir terjatuh bila jerutan ekor yang kini memanjang itu semakin kuat mencengkam buku lalinya. Jantungnya berdegup kencang. Terasa seakan dia dapat mendengarnya.

"Mari le, bukan ke ini yang kau nak sangat? Kau dah terpikat bila terpandang aku tadi, kan? Sekarang le masanya, lagi pun tiada sesiapa kat sini, hanya kita berdua je," pujuk budak itu sambil melemparkan senyuman yang menggetarkan jiwa Palis.

Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menerima ajakan budak menawan bak ahli grup Super Seven  itu. Namun, masih ada sisa kewarasan dalam dirinya yang menghalang Palis dari menuruti bujukan tersebut.

"Kau bukan manusia, kau hantu. Kau makhluk halus yang merupa jadi manusia untuk menyesatkan aku. Aku tak akan termakan pujukan dan rayuan kau ni." 

Entah dari mana datangnya keberanian Palis untuk menyanggah.

Sebenarnya, dia dalam ketakutan teramat sangat dek mengingatkan yang semua kekawannya dah pernah disakat sebelum ini.

Dia tahu dan sedar yang sekarang ini gilirannya pula berhadapan dengan fenomena aneh sedemikian. Mungkin kerana keceloparan mulutnya sebentar tadi.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now