ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Debu kelabu yang terhasil oleh kenderaan berat tadi perlahan-lahan mula sirna.
Namun di kejauhan, tak nampak langsung treler tersebut, biarpun jalan ini lurus hingga satu kilometer dari arah mereka datang tadi.
Nun dari arah depan, kira-kira tiga puluh meter daripada tempat mereka terbabas, sebuah Vespa ungu model lama perlahan-lahan menghampiri membelah kabus debu.
"Awat hangpa ni? Gomen* buat jalan sikit punya cantik apa. Dok tak dok, hangpa pi redah masuk semak dan tanah merah ni. Mujoq tak dak pokok kelapa sawit atau parit longkang kat tepi jalan ni.
"Kalau tak, mau jadi arwah hangpa semua. Mabuk ka atau dok layan main handphone bermesej dengan marka? Lain kali bawak kereta tu hati-hati sikit, na?" gumam lelaki itu.
Spencer terkedu bila dibahasakan sedemikian. Mahu saja dia debik orang tua yang tak tahu apa-apa ini. Betapa dia baru saja berjaya mengelak dari bala, namun dimarahi pula.
"Pakcik tak nampak ke treler kepala hitam laju je bergerak tak hiraukan kereta kami tadi? Sebab tu arr kami mengelak sampai terbabas tepi jalan ni," terang Aidan.
Dia juga rasa marah bila lelaki itu menuduh ikut sedap mulutnya saja.
"Trela? Mana ade trela lalu ikut sini tadi. Jangankan trela, beca roda tiga pun tak nampak. Anak-anak ni khayal atau mabuk kot?" jawab lelaki lebih separuh abad itu.
"By the way, nama pakcik, Alang Mamud tapi orang panggil A. Mamud je. Pakcik dok kat Kampung Kuyung sana tu. Anak-anak semua ni dari mana? Dan nak ke mana?"
Hati Aidan kembali jadi sejuk lalu memperkenalkan diri juga kekawannya. Dia turut memaklumkan tujuan mereka juga dari mana mereka datang.
Fikri, Rusty, Daus, Lokman Harith dan Sumi keluar dari kereta Pak Khamis lalu berlari mendapatkan Aidan serta yang lain-lain.
"Korang okey ke? Sial betul kan driver treler tu? Mentang-mentang lori besar dan power, kita ni dibuat main-main je. Mujur tak accident," leter Daus, tercungap-cungap.
"Kami okey je, cuma terkejut dan kepala terhantuk bumbung kereta bila Spence mengelak tadi," jawab Ehsan.
"Aku dah catit nombor treler tu, HAN dua. Nanti kita report kat Inspektor Dasuki, biar driver jilake tu kena tahan dan kena gantung lesen ke," marah Daus sambil mengepal penumbuk.
"Pergh.. sempat plak kau ambik nombor plat treler tu, ekk? Tapi mana ade nombor plat cam tu? Kalau betul pun, aku rasa sia-sia je nak report kat polis ke JPJ ke atau LLM* ke.
"Treler tu tak ade pemandu pun. Dia bergerak sendiri dan mungkin gak bukan benda nyata. Maksud aku, treler hantu," jelas Aidan.
Daus, Fikri, Lokman Harith, Sumi dan Rusty terlopong mulut mendengar kata-kata Aidan.
"Kau biar betul? Takkan plak lori besar cam tu bergerak sendiri?" Fikri bertanya.
"Betul, aku pun tak nampak driver treler tu. Spence pun sama. Memang tak ade pemandu. Tapi itu semua dah tak hairan kalau nak diambik kira pengalaman kita selama ni, kan?" sampuk Aiman Harith.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...