Chapter 25 - Melawat Aidan

1.7K 86 0
                                    

ACHTUNG!

  "Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "  

•••♦◄♥►♦•••    

Lepas sahaja habis sekolah, kelihatan Ehsan, Daus, Sumi, Palis dan Brice mengayuh basikal masing-masing menuju ke banglo atas bukit.

Kebetulan waktu itu Aidan sedang duduk lepak di gazebo  mengambil udara segar setelah lama berkurung dalam biliknya.

"Pergh.. ramainya korang datang ni. Nape tak ajak sama satu kelas kita?" tegurnya berseloroh. 

"Dia orang nak datang tapi bila aku cakap kau demam biasa je, terus tak jadi," jawab Palis.

"Ni hah, awek kau kirim asam ni. Dia cakap, sure  akan baik demam kalau kau makan benda masam cam ni," ujar Sumi

Dia lalu menyuakan sebungkus asam boi yang dibelinya dalam perjalanan tadi.

"Wey, kau ni merepek je. Mana aku ade awek plak? Kau ni sesaja buat gosip liar yang berbaur fitnah.. he he," balas Aidan.

"Cam mana kau Edan, dah okey ke?" tanya Daus.

"Ala sakit sikit je, luka dan bercalar je. Tapi doktor tu bagi cuti dua hari la plak, leceh, kan?" jawab Aidan berseloroh.


       "Best  arr cam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Best  arr cam tu. Kalau aku jadi kau, sure  syok dapat relaks kat rumah," sampuk Palis seraya melabuhkan punggung gebunya di bangku.

"Kau dah tak takut ke jejak kaki kat banglo ni?" tanya Aidan kepada Sumi.

"Kau punya pasal, aku lawan rasa takut tu," balas budak chubby  itu, tersengih cuak. 

Sambil itu lehernya memanjang bak flamingo, meninjau dan melihat sekeliling. Dia memerhati ke arah persekitaran banglo seakan mencari sesuatu.

"Lama aku tak datang ke sini. Dah nampak lain. Makin cantik dan nyaman. Best  sesangat bila tengok kolam renang tu, rasa cam nak terjun berenang je sekarang ni," tambah Sumi.

"Hmm, kalau kau dah cakap cam tu, nape tak bukak je uniform  kau dan terus terjun?" syor Aidan.

"Boleh ke? Mak kau tak marah ke?" soal Sumi tersipu-sipu.

"Ape plak nak marah? Korang semua ni kawan aku, so  dapat kebenaran untuk enjoy  kat banglo ni. Lagipun, korang semua dah biasa kan ngan banglo ni? Korang tentu dah kenal Pak Firman, Makcik Zamrud, Pak Kamil dan Makcik Hartinah. Sure  dia orang tak kisah kalau korang setakat nak berendam kat kolam," jawab Aidan.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now