ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Mulai saat ini, setiap chapter akan pendek giler, mungkin 1,000 hingga 2,000 words je. So, aku akan kerap update & publish. Itupun jika tak ade aral melintang. Dan nanti, kalau dah sampai limit nya, citer ni akan bersambung di..
'Bebudak Bukit'
(Tak Kenal Sakit / تق کنل ساکيت )
Hmm.. dah bersedia ke korang? Ape pun, layan je BB 159 ni dengan hati yang gumbira, kay? Tapi kalau korang rasa tak puas bace, buat-buat puas je lah.. hee.
•••♦◄♥►♦•••
"Ya, bapak. Tadi kami borak-borak ngan kekawan kat rumah Mak Munah. Ade kejadian malang berlaku kat Mak Jemilah. Heboh orang kampung. Ape, bapak tak tau ke pasal tu?"
"Kejadian malang? Mak Jemilah? Bapak tak tau ape-ape pun. Lepas balik dari menoreh tadi, bapak tak ke mana, letih. Berehat kejap kat rumah. Ape yang berlaku kat bini Setapa Steady tu?"
Pak Rahmat agak cemas, menanti jawapan daripada anaknya, ataupun Aidan.
Kedua remaja itu saling berpandangan.
Akhirnya Ehsan menceritakan segala kejadian yang berlaku di Kampung Serindit Tulang sepanjang awal petang tadi. Sesekali, Aidan pun turut sama menyampuk.
Namun, perihal mereka mengalami perkara aneh di bawah pokok pisang di pinggir rumah Mak Munah tak diceritakan kerana ia melibatkan rahsia mereka selama ini.
Ehsan tak mahu bapanya risau andai mengetahui apa yang menimpa dia serta kekawannya.
Terkesima Pak Rahmat dek perkhabaran terbaru ini.
"Bapak nak ke mana ni?"
"Nak ke pekan, beli rokok dan roti benggali. Tapi bila dah korang ceritakan pasal kejadian menimpa Mak Jemilah ni, bapak ingat nak singgah sekejap kat gerai Pak Lamin, nak dengar perkembangan terbaru pasal tu."
"Bapak, malam nanti Esan nak tido kat rumah Edan, boleh tak?"
"Eh, kenapa pulak tak boleh? Tapi kau kena tunggu bapak balik dulu, ye? Risau jugak bila ingat Kak Nirah kau dok sorang-sorang tu."
"Baik arr, pak."
Ehsan dan Aidan meneruskan kayuhan mereka ke arah banglo.
Gembiranya Ehsan kerana mendapat kebenaran si bapa.
•••♦◄♥►♦•••
"Bang, Edan rasa, tak payah arr kita teruskan misi nak mengembara dalam mimpi tu," luah Aidan.
Kini, mereka berdua sedang duduk berehat, sebelah-menyebelah di bangku gazebo melepaskan lelah.
"Eh, nape plak ni? Tadi Edan yang beria-ia sangat ajak abang. Sekarang dah berubah fikiran plak, Edan takut ke?"
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...