BAB 1: PENCULIKAN PUTERA SYAITAN

387 8 0
                                    

"Dunia ini serba indah. Pebagai kehidupan menetapi dunia ini. Tetapi, hanya yang kuat sahaja yang boleh meneruskan kehidupan..." Ujar seorang lelaki dewasa sambil memandang ke sebuah istana yang megah di hadapannya.

............................................................

[Tahun 5457, 7 Oktober, 5.45 PM...]

Askar-askar kaum syaitan membawa pulang beberapa tawanan peperangan dari puak manusia yang berjaya ditangkap hidup-hidup di medan peperangan antara dua kaum mereka. Tawanan mereka ialah lima orang; tiga orang lelaki dan dua orang wanita. Mereka dikurung dalam sangkar berkuda yang menuju ke satu bandar istana.

"Masukkan mereka ke dalam penjara! Malam ini, kaum diraja boleh menikmati daging enak manusia derhaka ini," arah seorang komander askar syaitan kepada anak-anak buahnya.

"Baik, tuan!" Jawab anak-anak buahnya lalu membawa askar-askar manusia itu masuk ke dalam sebuah gua berbatu.

Di dalamnya terdapat satu tangga luas menuju ke bawah tanah. Tiba di penghujung tangga tersebut ialah ruang besar yang mempunyai banyak penjara besi. Suhu ruang itu sangat panas sehingga mencecah lebih kurang 40 darjah celsius. Hal ini kerana di bawah tanah penjara itu terdapat lava gunung berapi yang ditempatkan oleh raja negara itu sendiri.

"Hahaha! Daging korang akan rasa lebih sedap selepas dipanggang di sini. Siapa suruh korang berperang dengan kaum syaitan, terimalah nasib korang sebagai makanan raja kami. Hahaha!" Tawa salah seorang askar syaitan kepada askar-askar manusia tersebut. Tawanan mereka itu telah dimasukkan ke dalam bilik penjara dengan seorang, satu bilik.

Semua askar manusia itu tidak dapat membalas kerana mulut mereka ditutup dengan sesuatu seperti perisai berwarna hitam dan terdapat simbol ular berwarna ungu padanya. Hanya renungan mata marah memandang ke arah askar-askar syaitan itu. 

Gari yang seperti ular pada kaki tangan mereka lenyap selepas askar-askar syaitan itu beredar. Suhu yang panas menyebabkan kesemua askar manusia itu mula berpeluh dan ada antara mereka yang mula kering tekak. 

Ada juga yang mengipas diri dengan tangan untuk membantu menghilangkan sedikit panas. Penutup pada mulut mereka telah dibuka selepas kepergian askar-askar syaitan itu. Dalam penjara itu, tiada seorang pengawal menjaga mereka kecuali yang berada di pintu masuk ke penjara.

Yakin benar kaum syaitan bahawa mereka tidak akan terlepas...

"Urghh.. Begini rupanya nasib aku.. Cis, aku tak boleh berfikiran negatif! Aku kena cari jalan keluar dari sini! Aku mesti selamatkan semua orang!" Ujar salah seorang askar lelaki dalam hati sambil melilau memandang sekelilingnya.

Di antara semua askar manusia, dia adalah askar yang paling muda. Baru berumur 20 tahun dan berkhidmat di medan perang selama tiga tahun berturut-turut. Ini kali pertama dia ditewaskan dalam peperangan.

"Jika aku mati di sini, aku tak boleh membalas dendamku terhadap putera syaitan tak guna tu! Aku akan bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" Sambungnya lagi. Dia mempunyai dendam yang belum dibalas. 

Manakala, di sebuah bilik yang amat bersih dan kemas, seorang remaja lelaki sedang khusyuk membaca sebuah novel bertajuk 'Devil Will Win Or Devil Will Be Deminished?'. Di atas meja bersebelahannya terdapat sebuah jug air berisi air bunga warna merah. Dia menghirup air tersebut dari cawannya. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi dari luar jendelanya.

"Hmm?? Apa pula bising-bising tu?" tanyanya kepada diri sendiri lalu meletakkan bukunya di atas mejanya.

Dia berjalan ke jendela biliknya lalu melihat ke luar. Dia ternampak beberapa orang askar syaitan berkeliaran seperti sedang panik. Melalui pendengarannya yang luar biasa, dia dapat mendengar perbualan askar-askar syaitan itu.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now