BAB 115: DUA NEKRUIS?!

49 5 0
                                    

"Ayahanda!!!" Jerit mereka. 

Orang sekeliling yang tidak mengetahui Raja Eskimos berada di situ terkejut dan hairan dengan jeritan Xcerox dan Stiria.

"Tuanku Sektar...?" Sebut Zeliker.

Semasa Sektar ingin mengumpul semua kuasanya menjadi satu serangan ais kuat supaya dapat membekukan kedua-dua ekor raksasa tersebut, dia terkejut apabila mendengar satu suara halus ke dalam mindanya. Kuasa yang ingin dilepaskannya mati tetapi auranya masih menerangi tubuhnya. Dia segera mengalih pandangannya ke arah Neza. Matanya terbuka luas.

Zeliker dan semua orang di Neza sedang menahan tekanan pada tubuh mereka tetapi tiba-tiba satu gelombang bagaikan dinding pelindung yang nipis terbina di seluruh Neza. Tekanan yang mereka rasa hilang serta merta. Mereka tersentak dan terpinga-pinga kerana tubuh mereka bebas bergerak semula.

Zeliker mula berdiri, diikuti semua orang. Mereka memandang satu sama lain dengan keliru. Apa yang berlaku?

"Hmph! Nampaknya Ballista masih belum kuat seperti yang diingini..." Suara seseorang yang kedengaran dingin mengejutkan Zeliker dan lain-lain.

Mereka segera memandang ke belakang dan melihat seorang lelaki sedang terapung di udara. Rambutnya yang hitam lebat dan panjang dibiarkan berterbangan di belakangnya. Matanya merah menyala dan tengah-tengahnya terdapat anak mata berbentuk bujur tajam berwarna hitam seperti haiwan liar. Wajahnya juga dingin dan terdapat aura kemerah-merahan menyelubungi tubuhnya yang berpakaian serba hitam.

"Ra-Raja syaitan, N-N-Nekruis Asterostes!!" Jerit seorang tentera Eidolon yang menyedarkan semua orang akan kehadiran lelaki itu.

Zeliker, Larkanos dan Zeptas tercengang melihat ayahanda mereka. Bukankah Nekruis berada dengan Xium dan lain-lain? Malah, tubuh Nekruis di hadapan mereka ini lengkap dengan tangan kanannya. 

Rambut Nekruis sememangnya hitam tetapi mereka baru sahaja melihat Nekruis yang berambut merah. Adakah ayahanda mereka menukar warna rambut kepada asal selepas berpisah dengan mereka? Tetapi, Nekruis ini tidak kelihatan dalam keadaan lemah. Sebaliknya lebih berkuasa dan bertenaga dari sebelum ini.

"Ayahanda Nekruis?!" Panggil Stiria yang gembira melihat kehadiran Nekruis semula.

Nekruis mengangguk ke arahnya dengan senyuman kecil. Kemudian, dia memandang anak-anaknya. 

"Ayahanda...? Ayahanda... kah?" Tanya Larkanos.

Semua orang berhampiran memandangnya dengan hairan kecuali Zeliker, Zeptas, Iris dan Mellinda. Mereka masih belum tahu identiti Larkanos serta Zeptas.

"Em!" Nekruis turun mendarat di satu sudut. Segera Larkanos, Zeptas dan Zeliker menghampirinya.

"Huh? Ke-Kenapa Vermian mendekati Raja Nekruis? Bahaya!" Kata Leinja yang risaukan Zeptas. Dia terkejut apabila mendengar Zeptas memanggil Nekruis, ayahanda juga. 

Nekruis menghiraukan pandangan semua orang. Beberapa orang daripada mereka memberi riak yang pucat dan takut kepadanya. Malah, ada segelintir yang menghalakan senjata mereka ke arahnya tetapi pegangan mereka terketar-ketar.

"Anakanda Zeliker. Anakanda Larkanos. Anakanda Zeptas," sebutnya nama anak-anaknya sambil memandang mereka seorang demi seorang.

Panggilannya terhadap Larkanos dan Zeptas membuatkan hampir semua orang ternganga. Bukankah putera-putera Nekruis selain Zeliker telah mangkat?! Mereka terpana pula apabila Mellinda, Stiria, Xcerox dan Iris menghampiri kumpulan Nekruis dan anak-anaknya. Malah, kata-kata ucapan Iris, Stiria dan Xcerox membuatkan mereka berasa sukar ingin menerima kenyataan. Kenyataan di mana Nekruis boleh didekati sedangkan tiada sesiapa berani berada di sebelah Nekruis.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now